Bangkitlah ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BANGKITLAH .. | Kadang memberi motivasi lebih mudah berbanding menerima motivasi.Atau mungkin sebaliknya..menerima motivasi lebih mudah berbanding susahnya memberi motivasi.Tengok siapa  dan bagaimana cara penyampaiannya dan siapa pula sasarannya.

Bangkitlah ..

Daripada kejatuhan.Kesedihan.Permasalahan.Rasanya tidak siapa pun bebas daripada perihal sebegini.Serius atau tidak sahaja apa yang dilalui.Itu sahaja bezanya.Kekuatan semangat dan kadar kepantasan pulihnya semangat turut memainkan peranan besar.

Peranan yang besar.Kita semua ada peranan yang besar.Peranan yang mesti digalas.Baik secara individu atau keluarga juga bermasyarakat.Bangkit berteraskan semangat itu mudah.Namun bangkit kerana Allah SWT itu susah.Tapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Umat Rasulullah SAW .. bangkitlah mengejar syafaat baginda.Bangkitlah mencari dan mengejar kasih sayang-NYA.Bangkit dengan jati diri yang cukup ampuh bukannya rapuh.Hari ini jajahan bukan semata-mata dengan senjata dan kekerasan malahan lebih dari itu...jajahan yang lebih halus meresap ke minda dan jiwa.Andai lemah maka tidak mustahil tergadai semua yang ada.

Bangkitlah ..

#sama-sama mencari redha Ilahi

11 comments:

  1. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yag baik.
    Terima kasih atas coretan yang mencerahkan dan membangkitkan harapan. Allah, Tuhan kita yang Maha Penyayang. Sentiasa menebarkan kasih sayang agar kita bangkit daripada kejatuhan kesedihan, permasalahan dan 1001 ibtila'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..aamin.Moga memberi manfaat ya dan ingatan untuk PC juga.

      Delete
  2. Kita semua ada peranan dan tanggungjawab.

    Di dunia kita perlu tanggung dan di akhirat kena jawab peranan kita tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...moga kuat menanggung dan mudah serta lancar menjawab kelak...aamin.

      Delete
  3. Sama-sama bangkit menegakkan syiar Islam. Sama-sama bangkit mengejar syafaat Nabi. Mudah-mudahan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..aamin..semai dalam jiwa dan minda..

      Delete
  4. akak setuju PC.
    kita mudah nak nasihatkan org.
    tapi when it comes kita plak dinasihati, mcm perit aje.
    tapi tu la. kita complete each other, kan.

    bila kecewa. bila sedih. memang kita kena bangkit.
    refresh. life goes on...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...lagi2 kalau nasihat tak kena cara dan masa...risau lain jadinya....

      Delete
  5. nak bangkit semula memang susah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..