Tidak Susah Sebenarnya ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK SUSAH SEBENARNYA .. | Allah melihat dan mendengar setiap lintasan di hati kita.Walau kita tak cakap pun dengan sesiapa.Cuma diri kita je yang tahu.Tapi manalah boleh kita sembunyi daripada Allah kan...pengetahuan Allah itu TERSANGAT luas.

TIDAK SUSAH SEBENARNYA
Sumber Image : Google

Tidak susah sebenarnya.

Buat baik.Buatlah kebaikkan.Tak perlu diwar-warkan.Allah tahu.Malaikat mencatat tanpa terlepas satu pun.Sangat siaga.Sangat jujur.Paling penting jangan separuh jalan.Teruskan.Cari sokongan.Minta doa-doa dari yang sewajarnya.InsyaAllah dipermudahkan nanti.Lancar juga.Aamin.

Belajar memahami.Diri sendiri.Diri orang lain juga.Sekeliling yang hampir.Sekeliling yang memerlukan pengertian kita juga.Tapi hadkan.Jangan sampai jadi mat atau minah kepoh.Jangan sampai ukur berapa jengkal koyaknya kain orang.Berpada-padalah.Jangan sampai mahu memahami tapi orang rasa tidak selesa pula.

Mantapkan niat.Merangka niat mudah.Bagi PC lah..memang mudah.Tapi nak bangun dan realisasikan niat itu yang susah.Bagaimana cara yang boleh dilakukan supaya niat tidak terkubur dan dapat diterjemahkan dengan tindakkan...bina kelompok atau cari sandaran yang seiring dan sama langkah dengan kita.Suami,isteri,ibu bapa,adik beradik..yang boleh sokong dan rajin ingatkan.


Dalam menjalani kehidupan ini yang sukar adalah istiqhamah dalam kebaikkan. -Perdu CINTA-


#sama-sama mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sangat setuju. Bila kita nak buat kebaikan tak perlu pukul csnsg. Allah tahu setiap noat kits baik atau pun jahat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...cuba elakkan fikir "aku tunjuk untuk memotivasikan" .. bahaya takut terselit rasa yang tidak baik dihati..😁

      Padam
  2. Niat walau sebesar zarah pun Allah dah tau. Tak boleh nak sembunyi mana pun. Bila dah niat kena lah laksanakan. Kadang berat tp kena usahakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana..niat macam rangka bangunan...sikit2 asal berterusan nanti tersergam indah😁

      Padam
  3. Apa jua tindakan dan perilaku kita semua bergantung kepada niat dalam hati kita. Jadi tak perlulah kita war-warkan yang kita ni baik atau sebaliknya.. Niat yang baik InsyaALlah ramai yang akan lihat segala kebaikan yang kita pernah lakukan...

    BalasPadam
  4. yg tak susah tu la yg sukar, PC.
    cth nyer, istiqomah... toma'nina dlm solat, tu susah walaupun mudah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama