07 May 2018

Sudah Berpuas Hati? .. Sejauh Mana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


SUDAH BERPUAS HATI? .. SEJAUH MANA | Ada segelintir mudah berpuas hati.Ada lainnya sangat susah berasa selesa dengan apa yang telah dia ada.Nanti dulu.Jangan prasangka cepat sangat.Setiap orang ada target masing-masing.

Wajar ada rasa tidak berpuas hati .. bukan tamak .. bukan nafsu nafsi .. tetapi rasa tidak berpuas hati untuk terus menambah dan perbaiki diri agar cemerlang dipandangan Tuhan tiada salahnya..silakan. -PerduCINTA 

Sudah berpuas hati? .. sejauh mana.

Semua milikNYA yang hanya dipinjamkan pada hamba-hambaNYA.Yang mensyukuri .. yang mengkufuri tetap menikmati cuma bezanya rasa keberkatan yang boleh dirasa tapi sukar untuk dicerita.Harapnya dalam banyaknya nikmat disertai 1001 hikmah dan keberkatanlah untuk kita.Amin.

Kecukupan ada dalam keberkatan.Keberkatan ada dalam rasa mensyukuri.Mensyukuri itu sangat erat dengan keimanan.SubhanaAllah.Seharian.Semalaman.Adakah kita sudah berpuas hati? .. memberi dan melunaskan seperti apa yang DIA ingini..sejauh mana kita kerah diri untuk melunasi dan mentaati.

Jujur .. PC sendiri masih belum cukup mantap untuk berasa puas hati..sejauh ini masih sahaja lagi banyak khilaf sana sini..banyak longgar dan kelabu itu ini.Puas hati kita sering ada campur tangan hasutan dan bisikkan.Tanya semula pada diri .. puas hati siapa yang perlu didahulukan .. yang mesti diberatkan dan di highlight kan.

Sudah Berpuas Hati? .. Sejauh Mana


#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. huhuhu.. kita pun sedang belajar untuk sentiasa berpuas hati

    ReplyDelete
  2. Susah nak berpuas hati. Kadang berjaya kadang fail juga. Tapi kalau berjaya nikmatnya sangat menenangkan.

    ReplyDelete
  3. Sentiasa mengejar peluang dan mensyukuri nikmat yang diganjari.

    ReplyDelete
  4. Sentiasa ada je rasa tak puas hati tapi selagi ada peluang memang takkan dilepaskan.

    ReplyDelete
  5. Same la kite kak pc.. masih bnyk kekurangannye.. Kene lebih muhasabah diri..

    ReplyDelete
  6. ya.. usaha dan terus berusaha. INshaAllah DIA tahu. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..