01 April 2018

Fasa Demi Fasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

FASA DEMI FASA

Hari ini hari Ahad
Hari ini 1 April
Masa yang ada sebenarnya terhad
Gunakan sepenuhnya sebelum nyawa diambil

Fasa demi fasa

Anak Pak Hassan bernama Hanan
Setiap hati tidak lepas bercelak
Ada permulaan ada pengakhiran
Hidup abadi diakhirat kelak

Ke hulu ke hilir memegang tasbih
Tasbih hadiah daripada  bilal
Pokok bermula daripada benih
Begitu juga manusia sedarinya awal

Isteri Atan hamil tua
Mengidam mahu naik kereta kuda
Jangan disinggkir orang tua
Panjang umur kita begitu juga

Sirap bandung dicampur soda
Permintaan tetamu dan tuan rumah
Hidup ini umpamanya roda
Seketika di atas kemudian di bawah

Daun mempelam jatuh berguguran
Dihalaman nampak melata
Penuhkan jiwa dengan kesyukuran
Hidup ini fasa demi fasa

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

5 comments:

  1. pergi ke pasar beli durian
    terima kasih atas peringatan =)

    ReplyDelete
  2. Peringatan yang baik PC, terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. MOGA DIJADIKAN PERINGATAN HIDUP

    ReplyDelete
  4. Hidup kita adalah peredaran waktu.
    Ada yang baru menginjak subuh
    ada yang dah sampai larut isyak.
    Peredaran hidup kita boleh berhenti di mana2.
    untuk dipindahkan ke alam kekal.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..