25 February 2018

Mujarab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MUJARAB ~ Mencuba tidak salah.Salahnya bila yang dicuba pada perkara yang telah nyata adalah satu kesalahan.Jadi,nak mencuba ada baiknya tidak melulu dan tidak juga terus terburu-buru.Sabar dulu.Kaji mana yang perlu.

Kesakitan atas izinNYA.Penyembuhan juga dariNya.Cuba..cuba..cuba.Bila cuba itu bererti ada usaha.Ada juga ikhtiar sedaya hamba.Jangan terus menolak.Jangan juga terus terima.Bila melihat jerihnya orang usaha mencari kesembuhan..doakan.Jangan ditambah sakit yang kian mencengkam.Allahu.

Kesembuhan bukan dari ubatan.Bukan juga dari hebatnya kepakaran.Tetapi daripada berkehendakNya Tuhan.NAMUN,Tuhan suruh kita ikhtiarkan..jangan juga pernah berputus asa .. berhenti dan berasa lelah berdoa .. teruskan .. di situ nanti akan ada yang Tuhan ubahkan.InsyaAllah.Amin.

Mujarab ..

Mungkin bagi orang tidak untuk kita.Mujarab juga rezeki.Apa pun,bagaimana pun dan sesiapa pun .. jaga sakti luar biasa..doa-doa ayah bonda.


MUJARAB

Anak solehah diajar berhijab
Lentur perlahan-lahan mendukung syariat
Ikhtiar dengan Lotion Mustajab
Niat kerana Allah mohon diberi sihat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


18 comments:

  1. losyen mustajab memang best.. memang dok pakai juga... senggugut boleh rasa ringan... kurang sakit.. akhirnya hilang.. must try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye...yang tu PC tak pernah cuba lagi...cuma guna untuk lenguh kaki..tangan...boleh cuba ni..

      Delete
  2. saya pun ada gak guna losyen mustajab ni...best je...memang terbaik lah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...ada yang suka ada yang kurang suka....

      Delete
  3. Ubat sebagai asbab je kan PC. Yg menyembuh hanya Dia Yang Maha Berkuasa. Setiap kali makan doa baca doa mohon kesembuham dariNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...ubat,doktor,perubatan tradisional,semua perantara..usaha..lebihnya atas izinNYA juga.

      Delete
  4. Semua yang ubat hanya asbab je kan, penyembuhnya hanya Allah s.w.t... Kak Sue pun pakai juga losyen mustajab tapi yang warna oren tu PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Sue...niat usaha kerana Allah SWT..sebelum ni guna juga yang oren...kali ni pegi kedai habis stok katanya...yang ni tak berapa panas...

      Delete
  5. doa ibu ayah toada hijab tuk anak2... InsyaaAllah mustajab... cam best je losyen mestajab ni, tp lum pernah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat paling mahal..doa mak ayah...best kak...cubalah..

      Delete
  6. kat rumah ada warna oren. mak suka betu pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa badan lepas pakai..hehe..ada yang tak selesa dengan baunya...

      Delete
  7. Pernah pakai yang warna merah, memang best tapi sekarang tak pakai dah..try yang lain pulak

    ReplyDelete
  8. suka guna losyen ni! beranginn. memula memang panas. last2 sejuk jeee.

    ReplyDelete
  9. Mimi suka.pakai losyen mustajab...memg best

    ReplyDelete
  10. Mak cikla pakai ni dulu. Bau dia best..

    ReplyDelete
  11. GV pernah cuba pakai losyen mustajab dulu utk kurus dulu. Good product. hihi.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..