23 February 2018

Kesudian Mendengar ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KESUDIAN MENDENGAR .. ~ Sepasang telinga,sempurna pendengarannya.Syukuri.Itu nikmat.Nikmat luar biasa untuk kita.Allah SWT pilih kita untuk mendengar yang mungkin tidak didengari orang lain.Begitu juga sebaliknya.

Alah .. telinga je pun.Hari-hari dengar.Sedari kecil.Itu kata kita yang sudah biasa dan ada.Duduk,renung,insafi..bagaimana insan-insan yang Allah SWT uji dengan tidak memberi nikmat pendengaran.Justeru itu kita hargai dan jaga betul-betul pendengaran kita.

Jaga?..bukan pada kesihatan dan kebersihannya sahaja,malahan lebih dari itu.Pilih apa yang ingin didengari.Tapis apa yang sepatutnya didengari.Ada waktu perlu tutup telinga dan ada masa buka seluas-luasnya.

Kesudian mendengar ..


Kesudian Mendengar ..
Google image 

Ibu ayah,dengarlah apa yang ingin diluahkan anak-anak..anak-anak,dengarlah apa yang mahu dikongsikan ibu ayah..tolonglah..tolong sangat-sangat .. kerana kesudian mendengar itu membawa kesan yang sangat besar dan mendalam.Kesudian mendengar itu tanda menghargai.Cuba letakkan diri sendiri di situasi tiada siapa sudi mendengar apa yang mahu kita sampaikan .. kecewa,sedih,rasa tersisih dan tidak bernilai.Allahu.

Daripada mata turun ke hati .. dari telinga juga meresap ke jiwa.Besar pengaruh apa yang dilihat dan didengar.Lagi-lagi didengari berulang-ulang kali.Teruskan dengan kesudian mendengar mungkin ianya menjadi ladang pahala buat kita.Aminnn.InsyaAllah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 comments:

  1. tq for sharing..kdg2 bila xbrp nk jd pendengara tu yg leka seketika bila ank2 mengadu...smoga kita tidak begitu..sian ank2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Mama Tisya...ibu bapa pun manusia biasa juga...anak2 ibu bapa sama2 lah jadi pendengar yang baik kerana sekarang pesaingnya luar biasa.

      Delete
  2. Salam jumaat PC. Tapis apa yg didengar. Mudah-mudahan beroleh kebaikan utk diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...lagi sekarang berita dan cerita sangat mudah tersebar dan disebar...menakutkan sebenarnya..

      Delete
  3. SALAM JUMAAT PC SENTIASA BERSEDIA MENJADI PENDENGAR YG BAIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..moga kebaikkan itu mendekati kita bila sentiasa menjadi pendengar yang baik.

      Delete
  4. Good sharing PC, semoga kita mendengar yang baik-baik saja dan menjadi pendengar yang baik untu keluarga dan kawan yang perlukan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...terima kasih kak Sue..betul..sudi mendengar itu pun salah satu bantuan juga sebenarnya...

      Delete
  5. Smoga kita sntiasa mendngar benda yg baik2. Amin

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang terlupa yang anak tu human being, ada hati dan perasaan..thanks sharing

    ReplyDelete
  7. Semoga kita mendengar oerkara2x yang bersifatkan positif, murni dan baik2x sahaja. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..