22 January 2018

Tariklah Perhatian DIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TARIKLAH PERHATIAN DIA

Pergi ke hutan mencari senduduk
Senduduk berbunga putih dambaan orang
Semakin berisi semakin menunduk
Diri akan disenangi orang

Memandu kereta ke tepi ke tengah
Apa salahnya berhenti berehat
Buat yang di suruh tinggal yang ditegah
Hidup damai dunia akhirat

Subur sungguh pokok kenanga
Di hadapan anjung tumbuh megah
Bersihkan hati jernihkan minda
Setiap urusan pasti dipermudah

Gatal di kepala digaru-garu
Mustahil berudu pastinya kutu
Berzikir beristighfar setiap waktu
Terapi hati yang sedang galau

Lena tidur mimpi ke Jepun
Sedar-sedar terselit di belebas
Eratkanlah ukhuwah sesama insan
Mewahkan jiwa dengan rasa belas 

Tariklah Perhatian DIA
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


12 comments:

  1. good sharing... berpantun pula ye.. hihi

    ReplyDelete
  2. Mudah2an kita sentiasa di bawah perlindungan-Nya

    ReplyDelete
  3. Berpantun PC hari nie, terima kasih atas ingatannya 😊

    ReplyDelete
  4. Dengan berzikir hati akan menjadi tenang. Betul tu PC. Masa tgh galau kena banyak berzikir. InsyaAllah ada ketenangan.

    ReplyDelete
  5. wah bermadah puisi :) dengan mengingatiNya , hati kita akan selalu tenang kan sis. alhamdulilah. hehe.


    jemput join segmen : http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..