Terapi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TERAPI ~ Setenang-tenangnya air .. pasti berkocak juga.Ada masa membadai juga.Disaat surut terasa luasnya daratan..dan dikala pasang subhanAllah..terasa kerdilnya diri.Dan hakikatnya antara daratan dan lautan..lautan lebih menguasai muka bumi ciptaan Allah SWT ini.Hidupan laut nenjadi salah satu sumber rezeki kita untuk kelangsungan hidup.Alhamdulillah.

Manusia .. ya kita.Tenang ada ketikanya..tersangat tenang dan lapang hati serta fikiran.Tidak juga terlepas bebas daripada berasa yang kurang menyenangkan.Kacau bilau .. jiwa kacau .. fikiran berserabut.Rasa tenang itu nikmat dan apabila sesekali ianya ambil seketika kita boleh jadi kebuntuan punca.

Jalan rerus mengikut arah
Silap perkiraan mungkin tersesat
Teruji diuji tidak tentu arah
Ingat DIA mampu meringan apa yang memberat

Justeru bagaimana solusinya .. terserah mahu bagaimana hendak mengemudi rasa.Rasa aman,damai itu anugerah.Perlu diminta sentiasa dan diusahakan juga.Mungkin ada yang memilih untuk meneroka alam semesta untuk dijadikan terapi.Apa pun terapi yang dipilih tiada jalan singkat untuk mencantikkan dan mendapatkan kedamaian hati dan minda.

Terus dekati DIA.Ungkapkan kalimah-kalimah zikir..insyaAllah ianya menjadi terapi yang sangat berbaloi.


Terapi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang ^^

    BalasPadam
  2. Basahkan lidah kita dengan zikir-zikir nescaya Allah bantu permudahkan segala urusan harian kita.insyaAllah

    BalasPadam
  3. Terima kasih pc..
    Semoga semuanya kembali pulih aamiin

    BalasPadam
  4. Khasiat zikir, terapi yg tiada tandingannya... terima kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
  5. Zikir harian mmg terbaik kak PC. GV akan cuba amalkan selalu kak. Terbaik kak PC. :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama