10 December 2017

Sebarkanlah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SEBARKANLAH

Hari ini Ahadlah
Masih juga cuti sekolah
Ada yang berkelah
Tidak kurang bersantai di rumah

Di sini syukur menikmati
Menikmati rezeki kurniaan Ilahi
Jangan lupa pada saudara yang sedang diuji
Titipkanlah doa sentiasa dari hati

Sana sini jualan murah
Promosi khas untuk naik sekolah
Hal baik kita sebarkanlah
Moga membendung hal yang salah

Dayung sampan dengan semangat
Dayung patah terbahagi empat
Apabila hak mula dirembat
Bangkinlah lawan terus bersemangat

Jangan berani bermain api
Kecilnya kawan besarnya memakan diri
Berdiam tidak semesti menyetujui
Hakikatnya kita juga rasa disakiti

Sebarkanlah
Semangat syahid untuh Allah
Untuk Rasulullah 
Moga di sana nanti menjadi sinar terang menyuluh

SEBARKANLAH

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


1 comment:

  1. Cuti2 ni molek kita pergi ziarah saudara mara ye PC. Eratkan tali silaturahim tu besar ganjarannya. Gembirakan hati mereka pada masa yg sama.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..