Menghitung Baki

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MENGHITUNG BAKI ~ Kurang dua minggu berada di bulan Disember 2017.Detik tahun baru 2018 kian menghampiri kita.Ada yang bergembira.Ada yang berduka.Cerita yang dilalui setiap insan tidak sama.Dalam kepayahan kita bangkit dan terus jalani.Dalam kebahagiaan berhati-hati .. syukuri .. siapa tahu khilaf langkah ujian mengganti.

Bukan suatu yang asing .. setiap kali menjelangnya tahun baru .. pelbagai persoalan muncul bertubi-tubi.Apakah menyambung visi dan misi yang masih berbaki belum terealisasi atau telah menyenarai  matlamat dan azam baru untuk digapai di tahun yang baru nanti.

Apa pun yang cuba disemai menjelang tahun baru nanti..jangan terabai apa yang perlu dilunas tunai.Qada jika ada yang perlu dan dituntut berbuat begitu.Berhutang sesama insan .. berhutang dengan Tuhan .. asal statusnya hutang segera mungkin lunaskan tanpa culas.

Istilah baki itu terkadang banyak terkadang sedikit.Lihat pada jumlah keseluruhannya.Tidak mengapalah.Apa yang terpenting bagaimana baki-baki itu tidak tersia-sia dan hambar hingga hujungnya.

Menghitung Baki
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rasanya macam baru sahaja masuk 2017. Kini sudah dipenghujung tahun. Sekejap sangat masa berlalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..ni dah hujung tahun...tak berapa hari lagi insyaAllah masuk 2018..

      Padam
  2. SEDIKIT MASA BERBAKI MOGA DPT DIISI SEBAIKNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..insyaAllah..moga yang berfaedah dapat dilakukan..

      Padam
  3. Sebut pasal hutang rasa seram pula kak ana pc. Banyak hutang nk kena langsai ni. Hutang belajar, hutang kereta dan hutang Kepada Allah. Semoga kuat dan istiqomah hendaknya kak ana ni. Doakan ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn...insyaAllah kak...PC pun risau kak...risau ada hutang yang terlepas pandang..yang orang tidak mahu beri tahu...sangat takut bab hutang ni sebenarnya sebab impaknya tu...

      Padam
  4. Hmm, harap tahun baru lebih banyak impian tercapai. Alhamdulillah tahun 2017, tahun yang tak memberi banyak dugaan tapi impian je yang banyak lagi tak tercapai ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn..insyaAllah..teruskan mengorak langkah ya Fatin..bissmillah..moga Allah permudahkan.

      Padam
  5. Terima kasih PC sudi singgah blog saya yang sangat jarang dikemaskini. Sama! Mengharapkan ukhuwah berpanjangan. Untung menjaga ukhuwah walau sekadara teman di dunia maya. Kita semua saling mengingati melalui media maya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...dahulukan mana wajar didahulukan ya...rakan-rakan blogger sentiasa sokong satu sama lain insyaAllah..magisnya ukhuwah di alam maya..alhamdulillah.

      Padam
  6. Cepatnya masa berlalu. Dah nak abis 2017 dah. huhu... hope 2018 akan bermula dengan cahaya gemilang. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat cepat..betul..moga 2018 lebih diberkati dan dilimpahi kasih sayang Allah SWT untuk kita hamba-hambaNYA.

      Padam
  7. Sekejap sungguh rasa masa berlalu.. sedar2 baki 2017 hanya beberapa hari lagi. Semoga tahun baru membawa lebih kejayaan dan keberkatan hendaknya.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah aminnnn...cepat sangat..rasa sejelipan mata..begitulah waktu yang terus berlalu.Moga kita terus memaknakan kehidupan.

      Padam
  8. Bermakna semakin dekat untuk kita menemuiNya.
    Semoga masih sempat untuk kita menambah bekal dan amal.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama