27 December 2017

Cuba Semai Dan Suburkan Rasa Malu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CUBA SEMAI DAN SUBURKAN RASA MALU ~ Bila berkehendak sesuatu tetapi tidak terluah dengan kata-kata.. itu bermakna "Malu-malu tapi mahu .. Dikhalayak amboi tersipu-sipu,khalayak berpaling oiii dia ligat bak gasing .. ertinya "Malu-malu kucing" .. bahaya ni ikan sebakul boleh habis dimakannya🐱

Tidak mengapa walau rasa malu itu sedikit atau tipis..selagi ada rasa malu insyaAllah ianya masih boleh membentengi diri seseorang itu tidak kira siapa pun.Percayalah ianya masih boleh diselamatkan.

Penting sangatkah rasa atau perasaan malu ada pada diri kita ..

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cuba semai dan suburkan rasa malu pada diri,keluarga,masyarakat dan keseluruhannya.Cuba..pasti akan nampak impak luar biasanya.Pasti berbeza aura yang sedia ada.Rasa malu itu membuat kita berada disatu tahap dan kedudukkan yang tersendiri.Kita tidak minta dihormati namun dengan adanya rasa malu kita akan sentiasa menjaga apa yang sepatutnya dijaga..daripada sudut itu kita akan dihormati dan dihargai dengan cara tersendiri.

Dalam malu itu ada adab .. ada akhlak .. ada agama .. ada nilai maruah .. ada iman.CUBA SEMAI DAN SUBURKAN RASA MALU.

Cuba Semai Dan Suburkan Rasa Malu
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



8 comments:

  1. tapi zaman sekarang orang makin tak berapa nak malu, yang penting popular dan boleh buat duit.

    ReplyDelete
  2. Ya betul. Perlu ada sifat malu untuk menjaga kehormatan diri juga :D

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang rata2 kita dah hilang rasa malu. Boleh tgk di socmed skrg ni. Banyak yg buang rasa malu sebab nak kejar nikmat dunia. Bila dah hilang rasa malu tu kena cpt2 muhasabah diri takut2 makin jauh kita dengan nikmat iman tu.

    ReplyDelete
  4. W'salam PC..
    Sifat malu itu juga perisai orang beriman.
    Elok ada sifat malu daripada tak tahu malu..

    ReplyDelete
  5. Mama setuju.. dgn Rasa malu barulah dapat membatasi diri Kita Dari perkara Yang tak sepatutnya

    ReplyDelete
  6. Zaman sekarang ada diantaranya memandang rendah org yg menghargai sifat malu. Moga jita dijauhkan dari golongan2 seperti itu... aamiin.

    ReplyDelete
  7. GV setuju kak PC. Dengan perasaan malu kita akan jadi lebih terkawal dan fikir semasak-masaknya dulu sebelum melakukan sesuatu. Semoga Allah SWT melindungi kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..