13 December 2017

Ber"Cendawan Tiram"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BER"CENDAWAN TIRAM" ~ Bila satu-satu perkara atau kerja lama ditangguh makan akan kedengaranlah suara lunak merdu memerli .. "lama sangat bertangguh haaaa bercendawanlah jawabnya" .. itu belum lagi kalau rasa tergugat bila tengok kawan maju sikit dalam perniagaan ais krim Malaysia .. mulalah dia kata "ais krim dia jual mahal,sekarang orang buat ais krim macam cendawan tumbuh lepas hujan .. tinggal pilih je" .. tak pasal-pasal 'famous' cendawan..itu belum kes kawan sekolah yang lama tak jumpa .. "eh bila ko nak datang rumah aku,naik berkulat dah aku tunggu" .. 

Cendawan?.. ada banyak jenis cendawan sebenarnya.Antaranya adalah Cendawan Butang,Cendawan Tiram,Cendawan Shiitake,Cendawan Enoki.Cendawan adalah daripada keluarga kulat.Tapi awas ya,ada yang boleh di makan dan ada juga yang beracun.Kini permintaan cendawan di pasaran semakin menggalakkan.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. SUMBER

Alhamdulillah .. PC dan En Suami berezeki Cendawan Tiram.En Suami beli dengan rakan sekerja yang sedang gigih mengusahakan tanaman cendawan.Berbanding cendawan yang lain,cendawan tiramlah yang agak mudah ditemui.Bukan yang lain sukar didapati tetapi sesetengahnya hanya boleh dibeli dari pasaraya.😊

Ber"Cendawan Tiram"

Bila ada ada depan mata .. tercari-cari pula idea nak masak apa la si cendawan tiram ni .. banyak menu boleh diolah daripada cendawan tiram ni .. terserah mengikut citarasa masing-masing,asalkan kebersihan diutamakan,tiada pembaziran dan syukuri nikmat.. goreng tepung pun nikmat juga ni...😅

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




8 comments:

  1. Kalau cendawan tiram ni selalunya kak ana akan masuk dlm sup atau sayur goreng je. Kalau rajin buat celup tepung.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan kak...masak sup sedap hirup kuahnya.... 😊

      Delete
  2. Sedap buat sup ni PC..
    Campur dgn sayur fucuk dan kentang..
    Nikmatnya.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...makan panas-panaskan...kadang PC masak tomyam..tapi goreng celup tepung insyaAllah 😊

      Delete
  3. Sedap ni kak pc, boleh buat celup tepung hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...permintaan En Suami gitu...sbb jarang goreng celup tepung..sllu masak berkuah 😊

      Delete
  4. Auni suka goreng aja cendawan ni.. perap dengan garam, sedikit gula, serbuk kunyit dan jintan. Sedapnya :)

    ReplyDelete
  5. Sup Cendawan sedap kak PC. Hihi. Kalau masak sayur campur dengan cendawan dan sayur-sayuran lain best juga kak PC. hihi. :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..