10 November 2017

Jadilah Yang Paling Harum

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

JADILAH YANG PALING HARUM ..

Jadilah Yang Paling Harum
Google image 

Bunga teratai kembang setasik
Sampan didayung terkuaklah ia
Usahakanlah mana yang terbaik
Manisnya akan mendekati kita

Manisnya akan mendekati kita
Nikmat luar biasa sukar diungkap
Berbuat baik tiada tanda arasnya
Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap

Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap
Niat kerana Allah itu paling perlu
Berbuat baik juga pastikan cekap
Kanan memberi kiri tidak tahu

Kanan memberi kiri tidak tahu
Bukan berahsia sekadar membumi
Tidak penting kerajaan di bumi tahu
Asal kerajaan dilangit semua mengagumi

Asal kerajaan dilangit semua mengagumi
Berhasil usaha sepanjangnya usia
Moga malaikat sentiasa mendampingi
Berbahagialah menjadi penghuni syurga

Berbahagialah menjadi penghuni syurga
Bergembira bersama para bidadari
Antara singgahsana yang didamba-damba
Yakin Allah tidak memungkiri janji

Yakin Allah tidak memungkiri janji 
Jasad di bumi harumnya melangit 
Tanda terbaik insan berbudi
Sentiasa dinanti-nantikan makhluk dilangit

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


5 comments:

  1. kanan memberi,kiri tidak tahu antara kuncinya ikhlas =)

    ReplyDelete
  2. Kreatifnya PC pantun yang sangat puitis.
    Harum mewangi pasti disukai ramai.

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar. Berbahagialah insan2 yg menjadi dambaan makhluk di langit. Insan2 ni insan yg melebihi akhirat dr segalanya. Kita? Tepuk dada tanya iman. :(

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... moga kita semua tergolong dikalangan org2 yg harum dan berjiwa bersih... aamiin.

    ReplyDelete
  5. Wowww... pantun empat kerat ending ayat sambung menyambung tanpa henti. Hebat kak PC. GV suka. Terbaiklah kak. Semoga kita semua tergolong di kalangan orang yang paling harum sekali di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..