27 November 2017

H U J A N

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

H U J A N


Awan.
Sarat memberat.
Gelap.
Sungguh-sungguh bersedih.
Nampaknya air.
Disertai kasih sayang pencipta Agung.


Nikmat.
Salah satu daripada nikmat-nikmat.
Sepikan diri.
Kemudian dengari.Hayati.Dengan mata hati.
Ada yang sedang berbicara.
Bicara dengan cara sendiri.
Sukar difahami namun boleh dirasai.


Nikmat bila ia dinanti-nanti diminta-minta.
Dugaan tatkala bah melanda.
Tarbiah diri.
Lentur hati.
Ikut dan setuju tetapan Ilahi.
Perit.Sakit.
Hakikat untuk mendapat nikmat.


Ada yang sedang mendamba.
Ada yang berharap ia berhenti.
Jangan cuba-cuba mengawal.
Nampak kecil.Remeh.Ringan.
Ya H U J A N.
Awas.Silap tingkah mengkufuri nikmat.

H U J A N
KREDIT IMEJ : GOOGLE 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




6 comments:

  1. Dah musim hujan sekarang.
    Harap2 tak terjadi bah besar.

    ReplyDelete
  2. Hujan salah satu rahmat Allah. Menyejukkan bumi dan menyuburkan tanaman. Namun kalau berterusan boleh banjir dibuatnya. Banjir juga salah satu teguran Allah buat kita semua.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah diturunkan hujan. smoga mangsa banjir sntiasa tabah dgn ujian dariNYA. amin ya Rabb

    ReplyDelete
  4. jadi manusia macam tulah- hujan complain, tak hujan pun complain

    ReplyDelete
  5. GV pernah dengar kata waktu hujan adalah antara waktu afdal untuk berdoa. Tapi GV tidak dapat pastikan perkara itu sahih ke tak sahih. Yang pastinya hujan itu adalah satu nikmat. Satu nikmat yang besar di mana ia menjadi punca rezeki kepada penduduk Bumi. Namun, ianya juga satu nikmat tanda peringatan kepada kita untuk sentiasa mensyukuri apa kita ada dan menzahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Maha Pencipta Lagi Maha Agung.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..