15 November 2017

Dahlah Curang .. Zalim Pulak ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


DAHLAH CURANG .. ZALIM PULAK .. ~ Dengar sahaja pun sudah ada rasa semacam mahu bertukar warna hijau..itu baru dengar..tapi sebelum itu marilah kita dalami erti curang dan zalim ya😃

Definisi CURANG : tidak lurus hati; tidak jujur; khia­nat. mencurangi berlaku atau berbuat curang kpd. kecurangan perbuatan atau hal curang; sifat curang. (SUMBER)

manakala

Definisi ZALIM : tidak mempunyai belas kasihan; tidak berlaku adil; kejam: Rakyat sangat benci kpd raja yg ~. menzalimi berlaku zalim terhadap: Berdosa besar jika kamu ~ anak-anak yatim. kezaliman hal atau sifat zalim. (SUMBER)

Dahlah Curang .. Zalim Pulak ..
Google image 

Curang .. zalim .. satu sisi hitam atau gelap yang sangat tidak disukai dan bakal mendapat cemuhan kepada si pelaku.Itu hakikat dan faktanya.Siapa pun .. di mana pun .. curang .. zalim pasti mengundang satu aura yang terburuk.Sama ada di lakukan individu mahupun ke peringkat yang lebih besar dan luas.Di pandang sinis .. dicaci .. dimaki dan lebih parah akan ada doa-doa tidak baik akan dikirimi.

Dahlah curang .. zalim pulak .. agama sendiri pun melarangnya.

Larut dengan apa yang dirasa kena dengan jiwa .. mendatangkan rasa bahagia luar biasa..malahan berasa bukan lagi terpaksa juga terpaksa berpura-pura..hakikatnya semua itu lumrahnya manusia.Mencari untuk kepastian dan kepuasan jika hingga tersasar .. segeralah bangkit..muhasabah diri..lihat akar umbi.Kembali mencari PEMILIK HAKIKI.

Musibah pasti tercetus .. yang aman boleh bercelaru .. yang dekat menjadi jauh .. yang akrab menjadi renggang .. itu yang sering terpandang dek pandangan mata kasar bila sesama manusia yang sama ada sengaja atau tidak berlaku curang dan zalim..satu hal yang mungkin segelintir kita pandang kecil dan ringan iaitu curang dan zalim hamba kepada PENCIPTA...nauzubillahiminzaliq.

Hakikat .. sesiapa pun sebenarnya mempunyai potensi besar untuk berlaku curang dan zalim kepada Allah SWT..bezanya sama ada kita sedar atau tidak atas perlakuan kita sendiri.Moga Allah sentiasa mengngkat permohonan taubat nasuha hamba-hambaNYA yang sentiasa mendambakan syurgaNYA 😂

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 comments:

  1. Dahulu curang mungkin banyak dikaitkan dengan lelaki tapi zaman sekarang dah tak banyak beza selalu aje terbaca kisah wanita pun sama naik curangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir zaman kak...sangat mengerikan...moga kita terhindar dari hal-hal yang tidak baik...

      Delete
  2. GV selalu berdoa agar kita semua dihindari dengan sifat negatif ini. InsyaAllah. Aamin. Nasihat yang sangat bagus kak PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la GV..kak PC pun gitu sentiasa berdoa...Allah SWT lindungi kita semua..

      Delete
  3. Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa2 kita. Tanpa keampunanNya tiada makna hidup kita ni kan PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...betul la kak Ana...apa pun kita buat..hal2 kebaikkan...kalau Allah tak terima taubat kita...sia2 semua..

      Delete
  4. Kalau kita zalim dan curang kat orang, sebenarnya sama macam kita zalim kat diri sendiri jugak. Sebab kat akhirat nanti diri sendiri yang rugi. Naudzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kesannya akan patah balik kepada kita juga hujungnya nanti..

      Delete
  5. kalau tak nak lepaskan cara baik, jangan siksa orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...moga kita terhindar dari perkara yang tidak baik..

      Delete
  6. Mudah2an kita dilindungi dan dijauhi dari gejala2 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....doanya begitu sentiasa Pakcik WP.

      Delete
  7. Semoga kita dijauhkan Dari sifat mazmumah ni

    ReplyDelete
  8. semoga saya tidak melakukan kedua2nya...
    amin

    ReplyDelete
  9. zaman skrg semakin canggih gaya kecurangan tu..ada yg daah tua2 pun masih jugak ligat nak tipu pasangan...walhal dah sakit2 uzur, pasangan tu la yg setia bersusah payah dari muda sampai tua..semoga kita dijauhkan dari manusia macam ni..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..