21 November 2017

Belajar Menjadi Yang Terbaik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BELAJAR MENJADI YANG TERBAIK

Epal merah epal hijau
Kisar halus menjadi jus
Cakap orang usah dihirau
Terus usaha bertungkus lumus

Anggur hijau anggur hitam
Elok dimakan sebelum makan
Jangan terperangkap dek kisah silam
Kelak diri sendiri kerugian

Semangka merah semangka kuning
Dipotong tipis mudah dimakan
Perkara ringan jangan dipening-pening 
Buanglah segala macam alasan

Pear kuning pear hijau
Cuci bersih sebelum dimakan
Menuntut ilmu walau pun diperantau
Tempat lahir jangan dilupakan

Kiwi hijau kiwi kuning
Banyak khasiat jika diamalkan
Cuba diubah jalan berlenggang
Tidak manis menarik perhatian

Ada pisang masak hijau
Cukup masa boleh dimakan
Adatlah manusia serta tidak tahu
Justeru perbaiki diri berterusan


Belajar Menjadi Yang Terbaik
Google image 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. Mana yg kurang kena usaha utk ditingkatkan. Jgn hanya duduk di takuk yg sama. Baginda Nabi pun berhijrah ke arah kebaikan dan kemajuan. Tak kan kita tak nak ikut cara Nabi kan.

    ReplyDelete
  2. Menuntut ilmu walau pun diperantau
    Tempat lahir jangan dilupakan

    In shaa Allah tak lupa. Asyik homesick je ni walaupun dah besar panjang. :P

    ReplyDelete
  3. Makan Nasi Kat Rumah Pak Paik,
    Nasihat Kak PC Sentiasa Terbaik.

    Banyak Perkara Belum Dijelajahi
    Terbaiklah Kak PC, Hihi.

    :D

    ReplyDelete
  4. Masak lemak pucuk paku,
    Terima kasih sudi berkongsi ilmu =)

    ReplyDelete
  5. Semoga kita sentiasa perbaiki diri kita kan..

    ReplyDelete
  6. Kalau tak boleh jadi garam yang mengawet ikan,
    janganlah jadi langau yang membusukkan ikan tersebut.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..