19 October 2017

Yeke?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


YEKE?
SUMBER IMEJ : GOOGLE 

YEKE? .. ~ Lazimnya  ..

YEKE?
Andai dikongsi 10 video membincang akan hal kebaikkan kemudian 1 daripadanya perkongsian hal hiburan maka yang hiburan itu bakal lebih menjadi tumpuan ..


Kecenderungan yang berbeza itu membuatkan setiap kita ada daya fokus yang berlainan.Cenderung itu boleh tapi jangan keterlaluan terutama pada agenda yang boleh melalaikan ..

YEKE?
Sekiranya 10 kebaikkan telah dilakukan dengan tulus keikhlasan tanpa sedar dan tidak disengajakan pun terpalit 1 keburukkan atau kesilapan maka akan terpadam setiap manis kebaikkan itu dari diingat orang ..


Pada setiap kebaikkan atau sebaliknya baik diingat atau tidak oleh orang .. sama ada diterima dan dihargai atau sebaliknya sebenarnya itu hal kedua .. yakinlah setiap satunya biar sebesar zarah pun akan malaikat mencatatnya tanpa culas.


YEKE? ~ Persoalan demi persoalan.Lepas satu .. satu.Jangan kata ahh budak biasalah tahap ingin tahunya tinggi.Sebenarnya yang dewasa juga begitu.Malahan kadang melebihi daripada si kecil.Ingin tahu itu tiada salahnya yang penting apa yang mahu di ambil tahu itu perlu jelas dan tidak terbabas.

Separuh yakin .. separuhnya sangsi.Rasa yang berbahagi-bahagi.Ada masa hati berasa begitu.Ada ketika minda berkira-kira.Yeke?.Hakikatnya apa yang diperlukan adalah kepastian.Misi mencari satu kepastian biar beralas,pastikan tertib dan seandainya melibatkan lebih daripada satu pihak seharusnya tiada isu berat sebelah mahupun pilih bulu.Kalau dirasa-rasa lebih banyak menimbulkan konflik,adalah lebih baik dielakkan.

Sebenarnya ..

Pada pandangan mata kasar ianya sudah cukup dan sempurna.Tetapi mengapa pada empunya diri seolah tidak berasa kecukupan.Mahu lagi dan lagi malahan yang dimahunya lebih.Jawapannya mudah .. rasa cukup atau tidak itu bukan apa yang terzahir .. tapi ianya ada pada hati.Di hati ada dua .. iman yang sentiasa mensyukuri atau nafsu yang sentiasa berasa tidak mencukupi -PerduCINTA-


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

9 comments:

  1. Kadang-kadang Ye Ke tu mcm dah jadi habit. Walaupun fakta tu dia dah tau tp bila dgr org kata semual automatik perkataan ye ke tu akan terkeluar juga. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...lebih sedih bila fakta diragui..auta dipercayai..huhu.. 😂

      Delete
  2. Biasalah sis, cari salah orang memang mudah... cari baiknya orang lain dengki pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...apa salahnya cari yang baik walau kecil dan sedikit..

      Delete
  3. Resam dunia, yg baik biasanya terlepas pandang n buat2 x perasan tapi.. 'kuman' kat seberang laut confirm nampak walaupun sebesar zarah!

    ReplyDelete
  4. bila berbuat baik jgn diharapkan balasan...

    ReplyDelete
  5. smoga kita tidak trgolong dlm golongan begitu.. amin..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..