23 October 2017

Tunjang Utama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 
Definisi "TUNJANG": sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. pe­nunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). SUMBER
TUNJANG UTAMA ~ Iman (iktikad hati) dan akal yang sentiasa berTAUHID itu asas dan menjadi tunjang utama kita insan.Ikatan sebuah perjanjian yang dimetrai sedari alam rahim ibu.Pegang,jaga,perbaiki dan hargai..sentiasa bukannya ikut suka.Senakal mana pun kita...seberapa banyak pun khilaf yang telah sedang dan akan dilakukan..andai iman itu masih ada walau sangat rapuh..rasa untuk menjadi baik itu akan bercambah.Dan hujung kehidupan kita akan tetap ke syurga.

Tunjang Utama

Hijau daun akan bertukar warnanya..Kukuh dahan akan patah nantinya..Tidak mustahil yang tegak berdiri rebah juga..Andai kukuh mencengkam tunjangnya,biar lambat semua akan pulih semula.Buruk orang tidak selamanya..baik orang boleh berubah juga..sekilas itu tidak banyak yang terlihat.Perbaiki struktur tunjangnya insyaAllah kebaikkan akan terserap hingga pucuknya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





9 comments:

  1. tunjang utama orang islam ialah solat... thanks for sharing PC

    ReplyDelete
  2. "andai iman itu masih ada walau sangat rapuh..rasa untuk menjadi baik itu akan bercambah" suka ayat ni. Teringat kata2 UAI hari tu:

    Kalau org tanya kita ni org beriman ke. Kita jawap ya aku org beriman. Iman tu ada dalam setiap org islam cuma tahap iman tu yg membezakan antara satu sama lain. Iman ni kena recharge selalu. Kalau tak, makin nipis dan terus nipis kan.

    ReplyDelete
  3. Subahanallah..en berguna sekali PC

    ReplyDelete
  4. Selamat hari isnin sis Perdu cinta

    Semoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya

    Amin

    TUnjang utama dalam diri mestilah iman kan

    Tanpa iman semuanya tak dikira

    ReplyDelete
  5. Kata-kata indah sis.. buruk orang bukan selamanya, baik juga sementara.. saya suka..

    ReplyDelete
  6. Nice sharing PC..tersemat di dalam hati

    ReplyDelete
  7. mesti kukuhkan pendirian agar tak mudah tumbang iman

    ReplyDelete
  8. Tiada apa yg kekal Di dunia ni kan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..