21 October 2017

Bila Ada Rasa Sayang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BILA ADA RASA SAYANG ..

Selesai Asar bersiar-siar ke bendang
Terasa nyaman disapa angin mendatang
Rasa sayang anugerah bukan sembarang
Tidak ternilai kerana bukan barang

Pergi pekan membeli pisang
Pisang diletak diraga belakang
Cukup cubit jangan dilempang
Marah itu tandanya sayang

Menu istimewa ayam panggang
Dipanggang secukupnya dengan arang
Satu di sini seorang di seberang
Biar pun jauh sanggup bertandang

Hujung minggu menonton wayang
Sambil menonton mengunyah kacang
Tidak nampak dimata diminda terbayang 
Sedekahkanlah Al Fatihah selesai sembahyang

Perabot disusun menegak melintang
Karpet indah becorak bintang
Bila dijiwa ada rasa sayang
InsyaAllah hidup tidak berasa seorang

Musuh pergi sahabat datang
Menghadapi semua dengan tenang
Baginda bersinar melebihi bintang
Tidak pernah bertemu pun terasa sayang

Ada manusia tumbuhan dan binatang
Hidup bersama di bumi luas terbentang
Allah SWT cipta bukan sembarang
Tanda agung DIA sayang

Setiap petang pergi ke padang
Bersama rakan membuat layang-layang
Susah senang setia bersembang 
Janganlah bermusim menunjuk sayang


Bila ada rasa sayang
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
    BUAT PC DAN SAHABAT SEMUA
    WALAU JAUH DI PANDANGAN MATA
    DALAM HATI KETEMU JUA

    ReplyDelete
  2. bertandang ke sini lagi.. puisi yang indah.. mesti tuan blog ni hatinya berbunga2 penuh kreatif... tahniah dapat menghasilkan kata-kata puitis yang sarat dengan mesej...

    ReplyDelete
  3. syg itu satu perasaan dan anugerah Tuhan.Syukur kita masih berkasih sayang ,ada orang hatinya sudah dibuang perasaan sayang yang hanya ada kebencian

    ReplyDelete
  4. Allhamdulillah rasa sayang tu rahmat Allah... sedapnya pantun...

    ReplyDelete
  5. Syukur sentiasa dengan anugerah dariNya.. Jangan lupa surah Al-Fatihah untuk kesejahteraan bersama..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..