08 October 2017

Berbaki Kurang Daripada 100 Hari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BERBAKI KURANG DARIPADA 100 HARI ..

Bila dihitung-hitung
Eh sudah semakin berakhir
Terdahulu dibelakang
Bakal menjelang sudah terfikir

Tahun hijrah bermula sudah
Tahun masihi bakal menjelang
Jangan diungkit hal sudah-sudah 
Akan datang terus berjuang

Bukan mudah menggapai hajat
Tidak semudah mengungkap kata
Hidup ini harus teguh bersemangat
Moga mampu tepis banyak sengketa

Hitam putih menjadi kelabu
Baik buruk jangan disatu
Tetapkan arah mana nak tuju
Mohon bantuan Tuhan agar tidak keliru

Titis hujan menbasahi bumi
Hujung tahun begini lazimnya
Kita merencana itu dan ini
Sertakanlah juga usaha dan doa

Biar bulan bersilih ganti
Walau tahun akan bertambah
Semat tekad disanubari
Cintai Tuhan takkan pernah berubah

Indah sungguh sulaman di kiswah
Kaabah punya kisahnya tersendiri
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Berbaki Kurang Daripada 100 Hari

5 comments:

  1. Mass amat pantas berlalu..

    Risau juga tentang masa

    ReplyDelete
  2. Bertambah usia kita sepatutnya bertambah juga bekal kita

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. sedar tak sedar, kalau dihitung tak sampai 100 hari lagi.. sungguh pantas masa berlalu...

    ReplyDelete
  4. masa tidak menunggu kta... cpt ia berlalu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..