13 October 2017

Ambil Perhatian Kemudian Perbetulkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


AMBIL PERHATIAN KEMUDIAN PERBETULKAN ~ Usia jangan dijadikan alasan .. status jangan dijadikan penghalang .. proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat.Ada adabnya juga yang mesti dijaga.Ada tertibnya yang perlu dituruti.Apa yang paling penting pilih ilmu dengan akal yang waras dan sekiranya timbul rasa kekeliruan .. rujuklah pada pihak yang sah dan boleh dipercayai mengikut apa yang syarak tetapkan.

Hal atau urusan yang wajar diselesaikan dalam rumah,jangan di bawa ke pengetahuan umum.Perkara yang berpotensi untuk mengaibkan jika diwarwarkan maka jaga rapi-rapi.Sesetengah benda atau urusan boleh dikongsi untuk tujuan menyampaikan atau menjadi ilmu pada orang lain .. maka silakan.Tetapi ingat,tidak semua yang kita anggap ilmu itu akan diterima sebagai ilmu,sebaliknya boleh berubah menjadi fitnah.Berhati-hati.

Episod pertama bermula daripada akar umbinya.Ambil perhatian kemudian perbetulkan.Bagaimana.PC seorang anak.Bagi PC babah mama adalah guru pertama yang mendidik PC daripada segenap sudut.Sahsiah anak-anak mula dibentuk dari rumah.Memerhati tingkah ibu bapanya .. jika ada adik beradik,tingkah adik beradik juga akan diperhati.Hal yang paling PC tidak bersetuju adalah sikap segelintir  ibu ayah yang gemar bergaduh depan anak-anak baik yang masih kecil atau yang telah dewasa.Setiap tingkah ibu bapa ilmu untuk anak-anak serap.Bayangkan sedari kecil mereka melihat hal yang sama berulang kali,pasti terakam diminda.Dan paling menyedihkan,anak tersebut melakukan hal yang sama dengan pasangan bila sudah berkahwin.

Mama babah selalu pesan .. bila dah berkahwin nak bergaduh,bergusti,bertumbuk laki bini jangan depan anak-anak lebih-lebih lagi ketika di rumah orang .. waima nak bermesra-mesraan walau halal pun jangan depan anak-anak .. takut hal yang tidak baik mereka ikut dan mak ayah tak sempat nak perbetulkan .. macam mana nanti mak ayah dalam kubur.
Dan .. kalau boleh ..

Dewasa ini semakin ramai anak yang berani naik tangan dan kaki pada ibu ayahnya,suara apatah lagi*segelintir cuma*.Semasa masih berkudrat,biar segeram dan semarah mana pun dengan anak .. tolonglah hindari suka marah anak di depan khalayak ramai*tidak semua ibu bapa begitu,ada yang bijak mengawal emosi dan ber"psikologi" dengan diri sendiri dan anak-anak*.Anak aku hak aku..aku mak ayahnya yang beri makan minum dan pakai.Betul..betul sekali.Mungkin PC belum merasai rasa marah dan geram mengurus telatah dan karenah anak baik di rumah atau ditempat awam,namun begitu secara peribadi biar anak itu belum mengerti mereka ada maruah diri untuk dijagai.Mungkin menangis itu cara mereka menunjukkan emosi tapi sebenarnya jauh lebih dalam daripada itu.

Ambil Perhatian Kemudian Perbetulkan
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


5 comments:

  1. Malam td sempat tgk Tazkirah Malam Jumaat tajuk dia buli. Salah satu pengisian tentang keberkatan ilmu. Mcm mana ilmu nak berkat kalau adab dan sahsiah tidak dijaga. Sepatutnya ilmu membentuk sahsiah dan adab yg lebih baik tp kalau sebaliknya yg berlaku kena muhasabah diri kita semula. Tak kisah adab kita sebagai seorang anak, murid, cikgu atau pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org2 yg sentiasa memperbaiki diri dan memperolehi keberkatan berpanjangan dlm ilmu yg digunakan dlm kehidupan ini... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Ibu bapa sebagai nakhoda yang akan menjadi contoh tauladan kepada anak2.

    ReplyDelete
  4. Ibubapa perlu jadi contoh yang baik, in shaa Allah anak-anak pun akan ikut sahsiah yang diajar.. Apa yang PC kongsi ini memang terbaik, lebih-lebih lagi berdasarkan pesanan ibubapa PC sendiri, alhamdulillah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..