22 July 2017

Menyampaikan..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENYAMPAIKAN || Berjenaka..tidak salah.Tapi ada syaratnya.Tidak mengaibkan,tidak menyentuh isu-isu sensitif..maka silalah berjenaka.Berjenaka dengan hikmah,dalam gurau senda ada input baik yang boleh dimanfaat..ada pesanan-pesanan untuk lebih mendekati Tuhan.Saya dapat,awak dapat dan mereka dapat..Dapat apa?..Dapat pahala.Alhamdulillah.

FAKTA.Situasi sekarang serba pantas.Di sini sembang kencang air segelas pun tidak bertambah lagi,kisah apa yang disembang sudah tersebar luas.Klik...klik..klik..tap..tap..tap..pantaskan..sangat pantas..fakta atau auta sudah menjadi entah kepentingan dikedudukkan keberapa..asal sensasi lagi terkini.Bangkitlah,sedar..kalau kita tidak berlenggah untuk menyebar,malaikat pun tidak bertangguh untuk mencatat.


Sampaikan biar sekecil hal,,ianya fakta.Ia tetap berganjaran baik yang berterusan.


BERSESUAIAN.Bukan berpakaian sahaja perlu beretika..mesti bersesuaian dengan citarasa kita dan Tuhan..untuk menyampaikan juga pastikan bersesuaian.."sempoi" itu boleh..."asbol-asal-boleh" pun tidak bermasalah..sila sensitif pada persekitaran keberadaan kita di ketika itu.Kita suka..belum tentu orang lain berkenan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 comments:

  1. Kadang kadan diam itu yang terbaik kan...hihi

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM
    PERKONGSIAN INDAH

    ReplyDelete
  3. Berpada2 Dalam setiap perbuatan

    ReplyDelete
  4. Harap apa yang kita anggap jenaka dan bergurau itu dipandang dan dianggap secara gurauan juga oleh pihak di sana. Takut juga kalau ada yang terasa. Lain orang lain hatinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siqah..kadang kita bersungguh gurau..rupanya dianggap serius...tu kena hati-hati sangat.

      Delete
  5. diam lebih baik dr bercaka bende yg tak perlu dan boleh menyakitkan hati org kan kak.. Kdg kala dorg ni nk bergurau tapi x kena cara menyebabkan pihak satu lagi terguris hati.. gurau kasar namanye tu.. betul2 x suka org cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..merisaukan sebenarnya.nak bercakap..nak bergurau kena tengok dulu...kena sesuai dengan keadaan..kena peka pada tempatnya.

      Delete
  6. Bergurau perlu ada batas.. Betul kata PC, tidak mengaibkan, tidak menyentuh isu-isu sensitif. Sekali terlajak kata sampai bila-bila akan terasa..

    Thanks PC.. Sama-sama kita ingat-mengingati..

    ReplyDelete
  7. Banyak gurauan yang mengaibkan seseorang. Walau pun niat untuk berjenaka tetapi mungkin orang lain terasa hati.

    ReplyDelete
  8. Setuju ngan kak Perdu Cinta. Bergurau ada batasannya. Sama2x lah kita sentiasa dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. InsyaAllah.Aamin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..