31 July 2017

H A R T A

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


H A R T A || Diri kita tanpa sedar adalah harta.Harta untuk ibu ayah yang Allah SWT pinjamkan untuk mereka.Bersertanya ada ujian dan kebahagiaan..ada juga kunci bagi banyak pintu untuk dibuka suatu ketika.Setelah kita lahir..Allah SWT juga hadiahkan kita harta..ya..agama....dan..ibu ayah kita😄...ingat..ingat..ingat.

MENCARI.Kita usaha,Allah bantu..kerjasama.Ada ketika kita lupa,dan magisnya ingat tatkala hanya kerana harta...

HARTA....semasa ibu ayah masih ada,ya mereka yang berusaha bekerja..mencari untuk anak-anak dan keluarga tercinta.Anak-anak patuh dan taat semua.Saat tidak sampai pun usia kematian sepurnama..berubah pula kisahnya..saat ada hayat mereka mengapa tidak berebut untuk menjaga..namun saat matinya mereka harta pula yang didamba.

HARTA....Ada yang sanggup menganiaya,menghasut sini sana..yang dulunya jauh mula mendekat..dulu yang sering berbahasa kelat sekarang manis likat melekat..yang entah dulunya di mana tiba-tiba datang mengaku kerabat..pengakuan demi pengakuan timbul..saudara bau-bau bacang katanya..yang nyata bau hatimu dapat dihidu juga.

Sedikit atau banyak harta itu...uruslah sebaiknya.Kasihan mereka yang telah tiada.Sebut soal harta..tidak semestinya nyata kelihatan..bukan ertinya kepalsuan..tetapi ada harta yang perlu dicari untuk persediaan  di kehidupan lebih jauh ke hadapan.

Apa yang terbaik sebagai hamba-hambanya adalah apabila...Hati Ada Rasa Takutkan Allah.....insyaAllah akan selamat di dunia...bersenang lenang di akhirat kelak..bergembira bersama pasangan masing-masing di atas pelaminan indah..saat itu mintalah apa sahaja pasti tidak tertolak.....
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 comments:

  1. Sebab harta juga ramai mengadu domba... terutama harta pusaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang berbahaya...kesian yang di alam sana..waris yang ditinggalkan porak peranda tidak manfaat ilmu yang telah disemai suatu masa..

      Delete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi isnin yang produktif

    Apa khabar sis perdu cinta. Hehe. Harta memang fitnah dunia

    Terutama untuk umat nabi muhamad saw

    Memang kita banyak bergaduh soal harta

    diburukkan lagi sebab kita tak buat wasiat dan habis keturunan kita bergaduh berebut harta

    Saudara mara pun jadi jauh sebab harta

    Hmm

    Pernah dengar yang soalan pasal harta ni 2 kali tau depan Allah

    Mana kita dapat

    Kemana kita belanjakan

    Dan orang miskin masuk syurga 500 tahun lebih awal dari orang kaya

    Sebab orang miskin tak banyak soalan

    Orang kaya banyak soalan pasal harta

    TU yang senang sangkut

    Hmm

    Kena banyak muhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah baik apa adanya.....betul...kadang orang sedih bila tidak kaya raya...sedih tidak punya apa-apa...sedih sering melihat gahnya mereka....bagi mereka yang tahu...tidak mengapa besederhana...tidak mengapa kalau disisih kerana kurang berharta....kerana takut di sana terseksa merana...moga yang berpunya sentiasa bijak mengurus apa yang ada...

      Delete
  3. Salam singgah sini PC....

    Harta tak akan membawa kebahagian
    Harta boleh buat merana
    Harta Sukar di cari
    Tapi Harta juga cepat di habiskan
    Harta Dunia tak akan kekal
    Harta iman dan takqwah kekal abadi...

    Terima kasih atas perkongsian PC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MD...setuju...iman dan taqwa itu utama untuk sejahtera dunia.....bahagia selama di sana..amin.

      Delete
  4. Harta....sampai terbuta mata hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang paling ditakuti...sekarang telah banyak terjadi..

      Delete
  5. HARTA yang dalam quote tu yang paling mahal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farah...rasa takut yang kelak membahagia.

      Delete
  6. harta mungkin boleh jadi rahmat dan juga ujian buat hambaNya. terserah pada manusia itu mcm mana nak mencorakkan hartanya.

    ReplyDelete
  7. Bab harta ni bahaya, boleh buat kawan atau saudara jadi bermusuh. Sebab tu kena didik hati tentang rezeki ni dari Allah.. Tak boleh tamak

    ReplyDelete
  8. Banyak kisah berebut harta adik-beradik pun boleh bergaduh

    ReplyDelete
  9. Betul tu... harta boleh buat kawan jadi musuh dan ada kala musuh jadi kawan. Keluarga berputus silaturrahim kerana harta... nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. Bila dah menginjak usia senja ni, baru terfikir cukupkah harta yang akan kita jadikan bekalan untuk kita menemuiNya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..