21 July 2017

Disaat Siang Dan Malam Bersilih Ganti

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


DISAAT SIANG DAN MALAM BERSILIH GANTI || Bumi terus berputar pada paksinya.Seluruh apa yang ada di langit dan bumi ada fungsinya yang tersendiri.Memainkan peranan masing-masing seperti yang telah Allah SWT tetapkan.


Di alam ini,kita saling memerlukan..senantiasa melengkapi keperluan dan kehendak satu sama lain..saling menjaga dan menyayangi dengan cara masing-masing..akal itu membuat manusia banyak mempertimbang..hati dan keimanan itu membentengi manusia agar lebih meriah dengan bersifatkan insani.


MANTAPKAN RASA CINTA AGAR LEBIH MENEBAL.Gandakan jiwa mendekat.Lebih rapat supaya lebih erat dengan DIA pemberi pinjam nikmat.Masa itu,milik DIA.Jika berasa masa itu seakan sedikit..solusinya lebihkan masa untukNYA..jika berasakan berlebihannya waktu moga di dalamnya melimpah keberkatan.

JANGAN DIBIAR LUPA TERLALU LAMA.Apa yang wajib dilunas,lunaskanlah.Syariat yang mesti di patuh.Patuhilah biar terpaksa bertatih hingga keringat terakhir beserta keletihan yang membelenggu jasad.Terlupa itu wajar..melupakan itu kejam kita sebagai hamba.Hidayah Allah perlu dan wajar dicari,dipupuk..tidak salah juga terus disemai.Seperti pokok,adakala dahannya patah,batangnya condong,daunnya kering..tidak terkecuali juga kita sebegitu..carilah baja yang bersesuaian untuk menjadi pemangkin meneruskan kehidupan.

MENYULAM BAHAGIA..MERATAP SENGSARA.Zaman sekarang viral..tular..itu perkara biasa.Tidak pelik.Akan menjadi pelik bila kita tidak mengetahui berita panas yang lagi sensasi..silap-silap boleh tercampak di pulau ciptaan manusia kerana asing dengan apa sahaja yang sedang meledak di media sosial.Tidak salah ambil tahu.Asal tahu apa yang harus diambil tahu.Kita ada kehidupan sendiri..begitu juga orang lain.DISAAT SIANG DAN MALAM BERSILIH GANTI ada yang menyulam bahagia..tidak kurang meratap sengsara lantaran dizalimi.Campur tangan Allah SWT itu sentiasa kita dambakan.Di suatu sudut lainnya,ayuh kita menajamkan senjata doa moga menjadi benteng dan tugu yang teguh.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



13 comments:

  1. Salam Jumaat PC. Semoga mendapat keberkatan hari yg penuh barokah ni. Terima kasih atas perkongsian jiwa di atas. Semoga meninggalkan kesan pada yg membaca insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kembali Sis..amin...moga yang baik dapat diserap..kebaikkan untuk kita semua...

      Delete
  2. Salam Jumaat PC. TQ atas perkongsian. Zaman ini serba mencabar, masa pun bgtu cepat berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kembali kak....betul..serba serbi mencabar...seiringnya waktu..moga kita tidak mengejar kemajuan dan meninggalkan yang ditetapkan.

      Delete
  3. Salam jumaat dari Maznee untuk sis perdu cinta

    Hakikat kejadian alam ni

    Memang ada banyak tanda tanda kekuasaan Allah swt

    Untuk orang orang yang mahu menggunakan akal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kembali...kita akan sedar dan hargai setiap ciptaanNya bila kita sedar yang kita ini hambanya...

      Delete
  4. SALAM JUMAAT PC MENITI HARINYA DGN RONA PELBAGAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat juga kak...harapnya tidak rebah meniti hari..amin.

      Delete
  5. Baca puisi PC, rasa macam lagu yang indah dan bait yang bermakna.. salam Jumaat PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat juga..terima kasih ya..moga bermanfaat.

      Delete
  6. Zaman sekarang, viral. Sungguh benar kak PC. Zaman sekarang juga penuh juga dengan video rakaman. Semua orang pantas on nak rakam video. Dah semua ada smartphone sekarang. Ada baik dan buruknya juga. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dalam apa juga yang kita buat hendaknya. Selamat hujung minggu kak PC =)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..