30 May 2017

Menjadi Lebih Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENJADI LEBIH BAIK || Kalau ditanya,semua nak jadi baik.Sebut saja baik lega.Lapang dada,tenang fikiran.Mahu kelihatan baik di pandangan Pencipta dan sesama insan bukan satu kerja mudah.Hitam putih pasti bersilih ganti lebih-lebih pada hati.

NIAT SAHAJA TIDAK CUKUP.Celik mata setiap pagi,niat dalam hati,"saya nak jadi baik"..niat sahaja tidak akan ke mana.Mesti disertakan pengerasnya.Pengerasnya itu adalah DUIT.Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal..samalah kalau sudah berpuluh kali niat puasa..tapi bangun tidur tanpa rasa bersalah lagi berdosa slumber mengkarung goreng telur dua biji curah kicap ngap....ngap..ngap...leburlah niat tanpa tindakkan.

A B C mudah disebut1 2 3 mudah dihafalKalau berbuat baik sekadar menyebutTiada manisnya apa yang dipraktikal

LATIHAN.Kemahiran itu bermula daripada latihan tanpa jemu.Kalau kita lihat kehebatan yang ada pada sisi kemanusiaan itu mengagumkan entah keberapa kali hasil latihan yang dilakukan."Practice make perfect" kaedahnya gitu.Hasil yang meletop latihannya juga tip top.

Dua kali jatuh..empat kali bangkit insyaAllah membantu kita lebih baik..pastikan ketika bangkit itu harus ditambah sekali ganda kesungguhannya..justeru mengapa dua kali jatuh empat kali bangkit.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 







11 comments:

  1. Niat perlu diiringi dengan usaha dan ikhtiar. Mujahadah diperlukan untuk menjadi lebih baik kerana terlalu banyak halangan ke arah itu.

    Dikesempatan ini saya ucapkan selamat berpuasa buat PC. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita semua

    ReplyDelete
  2. wow macam madah puisi lah (^_^).

    ReplyDelete
  3. betul tu, semuanya mesti ada usahanya. Selamat berpuasa PC

    ReplyDelete
  4. Dengan niat pun dah boleh membantu kita memotivasikan diri jadi lebih baik

    ReplyDelete
  5. Formula yg baik - Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Jgn niat saja tak ke mana.

    ReplyDelete
  6. Setuju tu bila ada niat kita perlu usahakan secara konsisten. Ulang sampai kita rasa tak nak tinggalkan dah. Terima kasih PC atas peringafan ni

    ReplyDelete
  7. Wkmsalam.
    Buat yang baik2,
    mintak yang baik2
    mudah2an kita jadi yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Selamat berpuasa..
    Moga kita semua mencuba menjadi lebih baik dari hari ke hari...

    ReplyDelete
  9. setuju tu.. smua nya bermula dr niat.. insyaallah usaha utk jd lbh baik dr hari ke hari.. selamat berpuasa! =)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..