10 April 2017

Semakin Rancak..Semakin Galak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEMAKIN RANCAK..SEMAKIN GALAK || Kalau semalam "eh dah Ahad"...hari ni "eh dah Isnin"...hehehe..😁 alhamdulillah..hujan-panas-hujan-panas..bersilih ganti..jaga kesiharan ya semua..menjaga dan mencegah itu usaha kita hamba..kalau berlaku juga apa yang cuba dielakkan itu ujian dariNYA.Luar bidang kuasa dan kemampuan kita untuk menghalangnya.

Semakin Rancak..Semakin Galak
Google image 

AURA RAMADHAN.Kurma itu salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW..tidak seperti di tanah Arab kurma itu sentiasa ada..berbanding di Malaysia permintaan dan penawaran kurma bermusim.Bulan Ramadhan la ianya terjual di sana sini..meriah sungguh,,di luar waktu itu..ada penawarannya namun hanya pada sesetengah kedai sahaja...tersangat terhad.Sejak awal Rejab PC perasan disesetengah pasaraya sudah ada menawarkan kurma kepada pengunjungnya.Bukan sekadar orang Melayu,malahan orang Cina dan India turut membeli.Bak kata mereka "ini aura puasa sudah mari datang dekat juga"..kita amal kerana sunnah dan khasiatnya..mereka makan kerana khasiat dan rasanya.

BERDIKIT-DIKIT.Bukan sahaja hujung tahun yang dinanti-nantikan untuk kehadiran YES..YEAR END SALE..pertengahan tahun terutama menghampiri musim-musim perayaan pun akan rancak dan galak dengan diskaun sana sini.Waktu inilah peniaga melancarkan perang harga..psikologi harga biarpun hanya beza 1 sen ianya mampu menarik perhatian pengguna.Saat ini segala pesanan dan nasihat berdentum-dentum dari rumah sebelum keluar berbelanja akan hanyut begitu saja😖😂😩.Bagi keluarga besar saat ini mungkin ada yang sudah mula membuat persediaan raya berdikit-dikit..tidak mengapalah.Dan saat ini juga sebahagian besar tukang jahit sudah tidak lagi mengambil tempahan.Mungkin pakaian readymade bakal menjadi pilihan..

Fikir baik-baik ..bertindak tidak usah melulu..sederhanalah dalam segala hal..insyaAllah akan baik-baik sahaja..💗Perdu Cinta 💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

11 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah ameen... :)
      Begitulah semoleknya..

      Delete
  2. SEMOGA MASIH DPT MENEMUI RAMADAN KALI INI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...sentiasa berdoa kak..PC pun harap begitu :)

      Delete
  3. betul tu PC. kurma selalu nak dekat ramadhan baru jumpa especially dekat tesco. awal2 bulan ramadhan tu bukan main mahal, bila nk hujung2 tu harga dah jadi half. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah mula ada jual kak Ana...tapi harganya memang mahal kak...macam akak cakap...nanti dah raya..stok masih banyak..masa tulah murah..tapi kadang isinya dah tak elok kak..sebab ini pengalaman PC sendiri.

      Delete
  4. Tak sabar nak puasa.. harap berat makin turun iman dan ketaatan pada Allah makin naik 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..harap Allah izin jumpa lailatulqadar....ameen..kan..berat badan menurun..berat pahala berganda2 melambung...amenn..amenn...

      Delete
  5. Ramadhan makin mendekat. Gunakan Rejab dan Syaaban sebagai medan untuk kita melatih diri dalam meningkatkan amal. Sebelum bertemu Ramadhan yang sentiasa dirindui. :')

    ReplyDelete
  6. cik en dah mula puasa. walupun dh hbs gnti.. tp best plk puasa ini. so buat puasa sunat selalu

    ReplyDelete
  7. Bersederhana amat dituntut dalam ap jua perkara yg kita lakukan..
    Semoga kita semua dapt bertemu ramadhan tahun ni dan mpertingkatkan amal ibadah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..