31 March 2017

Tolonglah Sedar..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TOLONGLAH SEDAR ||Bangun..bangun..bangun..setiap hari kita tidur dan kemudin bangun..rutin yang tidak hairan untuk diulas pun..nak bangun daripada tidur pun sayang rasa nak tinggalkan tilam yang empuk,,bantal yang gebu ditambah dengan selimut yang tebal..hujan pulak tu..sesuai sangat bermalas-malasan ya..sesekali itu boleh..selalu itu elakkan..yang sesekali itu pun jangan buat-buat koma bila tiba subuh..memang seleps subuh tidak digalakkan tidur semula tapi dah katanya sesekalikan..asal tidak salah tempat dan salah masa.Hati-hati bab itu.

JANGAN BUAT KERAS.LIAT SANGAT. Selagi mana adunan kek itu masih lagi adunan selagi itu kita masih lagi boleh tuang dalam apa pun bentuk acuan yang kita kehendaki..namun setelah adunan itu masak menjadi bebiji kek..agak sukar untuk kita ubah ke bentuk yang lain..silap-silap hancur dan lebur..sila kunyah dan telan terus..huhuhu..nampak tak..betapa peri pentingnya membentuk diri dari awal..dari masih bersih dan putih..Bersyukurlah kalau ada yang masih sudi menegur kesilapan kita..kita perbaikilah..berterima kasihlah kalau ada yang masih hendak membawa kita kenal kebaikkan..berlapang dadalah terima hidayah Allah..tolonglah jangan buat keras..jangan liat sangat..jangan anti kebaikkan.

SEBELUM WAKTUNYA TIBA.
A013
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
A014
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
(Surah Al Infitaar : Ayat 13-14)

Pupuklah rasa sesal pada setiap khilaf yang pernah dilakukan di dunia ini..sekarang ini..sementara masih hidup..ya saat ini..sebelum tibanya hari perhitungan yang mana saat itu kita hanya boleh mendengar dan akur..hanya mampu beralasan tapi tiada jawapan pembelaan pada setiap kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan tanpa taubat..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Salam Jumaat 

4 comments:

  1. MOGA KITA TELAH SEDAR DRPD KESILAPAN KITA N BERHENTI MELAKUKANNYA LAGI

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat PC. Semoga mendapat Jumaat yg barokah InsyaAllah. Perkongsian yang sangat bagus. Selagi ada kesempatan utk bertaubat, jgn kita sia2 kan. Jgn menyesal di kemudian hari.

    ReplyDelete
  3. salam jumaat pc.. smoga jumaat kali ni penuh bermakna :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian dan peringatan ini PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..