26 March 2017

Hidup

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Hidup
Google Image


HIDUP || Nyawa bagi manusia itu hidup di dunia.Nyawa terpisah daripada jasad itu mati.Menjadi mayat dan bangkai.Namun di alam kubur itu..roh yang bakal hidup bersama jasad menggantikan apa yang kita gelar nyawa di dunia.Haiwa juga bernyawa..begitu juga tumbuh-tumbuhan..jika tidak masakan haiwan dan tumbuhan dengan izinNYA mampu membiak dan hidup.SubhanAllah.Alhamdulillah.Bersyukurlah atas setiap nikmat.💖💖

ANGGAPAN CUMA.Corak kehidupan yang kita pilih berbeza-beza.Saya dengan cara saya,dan awak dengan cara awak.Bukankah begitu.Tetapi satu ketika nanti semuanya sama berkumpul untuk mengetahui hala tuju terakhir.Macam nampak tiada kaitan hakikatnya saling berhubungan.

FENOMENA.IG live.FB live.Tutorial make up.Masakan.Sembang berisi.Sembang santai.Kian menjadi fenomena.Alhamdulillah yang baik sememangnya wajar diteruskan dan dipraktikkan.Namun awas harus sentiasa berhati-hati dan beringat-ingat sentiasa kerana tidak semua yang kita rasa kebaikkan itu berakhir juga dengan kejernihan dan keburukkan itu terus-terusan berada dalam kekeruhan..

SUBURKAN JIWA-JIWA YANG LAYU.Jasad yang sihat,gagah lagi perkasa itu luaran apa yang sekadar terlihat dek pandangan mata.Begitu juga dengan ketampanan dan kejelitaan yang sangat indah lagi mempersona.Alhamdulillah..namun semua itu tidak akan mampu bertahan lama kerana satu ketika ianya bakal menyatu dengan tempat asal diciptakanny.JJusteru tingkatkan usaha suurkan jiwa-jiwa yang sedang layu agar teguhnya tetap padu biar jasad terkulai layu.

MENGHIDUPKAN YANG MELIHAT.

Cakap yang baik-baik..perdengarkan yang baik-baik dan tunjukkan yang baik-baik..untuk menghidupkan adakala kita terlebih dahulu perlu memberi nyawa pada diri sendiri..cuba untuk lebih bersemangat..apa yang dilihat dan didengar itu lebih mudah untuk diikuti dan diingati..moga kita menjadi penyumbang terbesar pada kebaikkan bukan sebaliknya pada orang lain dengan cara masing-masing..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

16 comments:

  1. Beza macam mana pun kita dekat dunia ni, tp bagi Allah sama je kita semua ni. Yg beza di mataNya hanyalah amalan kita. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..tapi itu yang sering manusia lupa.. :)

      Delete
  2. Tingkatkan amal ibadah selagi berkemampuan. Thnks for the reminder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..selagi boleh dan mampu..untuk bakalan di sana kelak :)

      Delete
  3. SELAGI MSH BERNAFAS BERSYUKUR N CARI KEREDAAN-NYA

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Carilah keredhaannya selagi kita bernafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pakcik WP..selagi nyawa belum ecah ke kerongkong..insyaAllah kita masih ada kesempatan :)

      Delete
  5. Terima kasih sebabb berkongsi..ingatan untuk kita2 yang alpa dan lalai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..moga manfaatnya berterusan :)

      Delete
  6. Yang paling membimbangkan adalah bila jasad je hidup tapi jiwa mati. Naudzubillah..

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang mendalam PC...benar teknologi memudahkan tapi tidak menghalalkan cara

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..