19 February 2017

Mencuba..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Mencuba.. || Semangat untuk mencuba itu ada pada setiap insan..mencuba sesuatu yang baru itu tiada salahnya..apa yang menjadi kesalahan bila mana apa yang ingin kita cuba itu  satu yang sememangnya sudah dikategorikan perkara yang salah..jadi kalau dah tahu perkara itu salah..atau perbuatan itu tidak boleh..sila la jangan teruskan..banyak lagikan perkara baik yang boleh kita cuba..

Saat diri diaju soalan
Jangan terus beri jawapan
Fikir dulu atau pun simpan
Takut kelak merana badan

Beri jawapan itu harapan
Dinanti orang penuh pengharapan
Jangan dusta demi menutup kesilapan
Menjawab  kelak dihadapan Tuhan

Galakkan itu umpama tiupan
Tiupan semangat untuk kehidupan
Jangan silap beri galakkan
Takut kita rupanya ejen kesesatan

Janji jangan sembarangan
Janji jangan hujungnya pembohongan
Sesama insan nanti tercipta permusuhan
Tidak berasa takutkah pula dengan Tuhan

Belajar utuk membezakan.Perlu.Tidak semua perkara kita boleh dan hanya mencuba-cuba kerana pada perkara yang hukumnya mendahului kehendak atau keperluan ianya mesti kita patuh dan tunaikan..biarpun dirasakan ianya tidak selesa atau tidak ngam dengan naluri..lama-lama dengan sendirinya hati boleh menerima dengan syarat minta DIA lembutkan hati kita untuk menjadi setaat-taat insan..ingat A itu yang pertama..maka letakkan Allah pada kedudukan yang PALING istimewa dalam kehidupan kita..*boleh..memang susah pada mulanya kerana kadang kita lebih suka sandarkan kebergantungan pada apa yang boleh kita lihat dan sentuh kan..kan..tapi ingat setiap apa yang kita lihat dan sentuh itu ada penciptanya yang wujud walau tidak kelihatan dek pancaindera mata.Gunakan pandangan dalam..mata hati yang disitu adanya keimanan

Dalam urusan agama tiada istilah bersksperimen..ibaratkan suka kau ikut..tak suka kau tinggal..ada masa kau patuh..ada masa kau ingkar sesuka hati..dengan sengaja..*tidak sengaja dan meninggalkan disebabkan tidak tahu lain hukumnya*..kerana biarpun Islam itu bukan agama yang menghukum..tapi ianya agama yang mempunyai hukum..berhati-hati saat beralasan.

Pergi pasar beli ciku
Ciku kacuk besar buahnya
Selamat berhujung minggu
Moga sentiasa bahagia dan ceria

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 







13 comments:

  1. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DGN CERIA...PC

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Setiap kita memang tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk.
    Cuma keputusannya ada dalah hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik WP..adakalanya tersasar juga hati..

      Delete
  3. Kita smua kena pndai beza mna yg kita mampu dan x. Kita jgk da dkurniakn akal utk bezakn mne yg baik dan buruk. Hrap kita tak tersilap wat kptsan.

    Happy weekend PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...yang sering tewas antara nafsu dan akal..nafsu dan iman..
      Hye...

      Delete
  4. agama bukan menghukum,tapi ia ada hukum,tersenyum irda dengan bait baris ini,terima kasih atas nukilan yang indah ini pc..salam hujung minggu,dan esok hari baru irda bermula..semoga setiap hari kita lebih baik dari hari sebelumnya.SALAM ukhuwah pc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga setiap langkah Irda disertai keberkatan..kegembiraan dan kasih sayang Allah SWT..

      Delete
  5. Terima kasih di atas nasihat kak PC. Kita memang kena tahu mana yang baik dan buruk.
    Takut juga kalau tersilap langkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakala kita cukup menjaga tapi Allah ingin menduga..kita buat sebaik-baiknya moga ALLAH ada sentiasa bersama.

      Delete
  6. Jangan takut untuk mencuba, kadang2 kita cuba perkara yang salah, terlajak, kemudian ambil pengajaran dan jangan ulanginya lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..daripada kesilapan itu kita belajarkan..dan jangan ulangi kesilapan itu..

      Delete
  7. Betul tu... mencuba ni bagus sebenarnya, tapi kalau yg bersalahan tu sebaiknya dijauhkanlah. T kasih atas peringatan ini PC :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..