03 February 2017

Kegigihan Itu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KEGIGIHAN ITU || Kegigihan itu sangat mudah disebut tetapi tidak semudah disangka untuk diterjemah dengan perbuatan.Setiap peluh yang menitis..setiap air mata yang mengalir begitu bermakna dan sangat memotivasikan diri kita bila mana kegigihan itu membuahkan hasil.Salam Jumaat untuk semua.Jumaat pertama di bulan Februari.


Kegigihan Itu

Halangan sentiasa ada.Itulah yang kita gelar cabaran.Namun jangan pernah tewas dengan halangan kalau mahu menikmati manisnya kejayaan.Kejayaan itu sangat luas maksudnya bergantung apa yang sedang diusahakan mengikut citarasa dan kehendak masing-masing.Seperti mana akar yang tidak pernah lelah menyelinap ke dasar tanah untuk mendapatkan bekalan sewajarnya bagi membantu dahan dan daunnya agar terus bertahan serta membekalkan nutrien apa yang diperlukan..💗Perdu Cinta💗
Ejen perangsang.Kita waima PC sendiri pun tidak sentiasa bermotivasi,tidak juga sentiasa teguh.Kadangkala rebah,sesekali tergolek-golek..itu belum lagi sudah jatuh gedebukkk ditimpa tangga pula😌..tidak kurang terseliuh sana sini.Lumrahnya kita sebegitu.Justeru saat itulah PC secara peribadinya akan meminta kekuatan dalaman daripada Allah SWT supaya dijauhkan daripada rasa-rasa yang malap..selain menjadikan orang-orang sekeliling contoh.

Sesekali kita perlu menjadi tabah dan kuat agar boleh menyalurkan aura baik kepada orang lain..ada ketikanya orang lain juga harus sentiasa menunjukkan perkara-perkara yang positif agar kita tertarik untuk melakukan perkara seumpama mereka juga..Tidak menjadi satu kesalahan rasanya andai kebaikkan yang dilakukan itu bertujuan untuk mengajak orang lain cinta kepada yang maaruf asal betul niatnya insyaAllah Allah bantu.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

14 comments:

  1. SALAM JUMAAT PC..TEGUHKAN HATI SETIASA

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya PC memberi nasihat lebih mudah utk menerima nasihat
    Kadang kita bukan tak tahu itu baik tapi nak melakukakan menagih kekuatan fizikal dan mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat kak..bercakap begitu begini sangat mudah..berbanding untuk mendengar dan melakukannya..kadang yang mudah itulah kita ambil ringankan kak..salam jumaat kak zakie :)

      Delete
    2. setuju ngan kata-kata kakzakie. menerima nasihat tu senang jer, masuk telinga kanan kiri tapi nak cari kekuatan fizikal rohani mental tu hanya Allah yang mampu berikan.

      Delete
    3. Betul PC pun tak nafikan..hihi...kadang walau perkara tu mudah je pun..kita tak terbuat..PC la tu..kiki...

      Delete
  3. Salam Jumaat kembali kak PI...betul tu kak..teguhkan hati moga tidak mudah terpedaya.. :)

    ReplyDelete
  4. salam Jumaat PC..
    kegigihan itu memerlukan banyak perkara...
    semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat kembali adarnadzmie..
      Betul..banyak aspek sebenarnya..amin.

      Delete
  5. Kita manusia biasa, sangat lemah dan tidak berdaya, namun jika ada sokongan dari kiri dan kanan, kita tetap mampu berdiri... Apa yang kita perlukan sokongan dari kiri dan kanan... Allah SWT akan sentiasa melindungi dari (atas) Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..Sokongan pertama dan paling utama dari DIA sebenarnya yang sangat2 kita harapkan...kasih sayang DIA juga..

      Delete
  6. Salam jumaat PC insyaAllah duduk dngn org2 yg positif akn sntiasa positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat kembali Mas...betul tu..setuju...

      Delete
  7. Wkmsalam.
    Salam Jumaat kembali.
    Kita perlu gigih, tabah dan kuat untuk meneruskan perjalan hidup.
    Carilah jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  8. Pokok pangkal hati... perlu berusaha gigih...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..