03 January 2017

Ingat Ya...Walaupun..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

INGAT YA..WALAUPUN.. || Peringatan,cara untuk menyedarkan kita boleh atau tidak,,wajar atau sebaliknya satu-satu perkara itu dilakukan..apa peringatan terbesar dan terpenting sejak 1400 tahun dulu?..Al Quran.Sedikit demi sedikit wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW dan seterusnya disebarkan hinggalah ke hari ini kita mengecapinya.SubhanAllah.Alhamdulillah.

Pilih dan memilih itu wajar..bila sebut perlu pilih dan jadilah seseorang yang memilih,cop pertama yang kita dapat "owh  cerewetnya" tidak pun "owh diva sangat" atau "eleh macam good je"..*bukan PC berandaian tapi berlaku pada PC sendiri kena batang hidung sendiri*..macam mana dan kawal situasi mulut yang kurang tertib bila bercakap?...diamkan..yakin Allah tahu apa niat kita.Cukup.

Untuk menjadi baik,dekati orang yang lebih baik daripada diri kita,baik dalam segenap sudut.Dah jadi baik,rendahkan hati agar orang tidak berasa canggung untuk mendekati kita..baik itu seperti juga cantik..terlalu luas untuk ditafsir dan difahami🍒Perdu Cinta🍒

Bina sempadan dan tetapkan batas.. anak-anak,sesiapa pun yang bergelar anak termasuk PC sendiri,,jika hari ini kamu telah menjadi "seseorang" yang mungkin disegani,dihormati dan disanjungi jangan pernah lupa pada penyumbang terbesar doa pada setiap langkah kamu.Sebenarnya kamu bukan sesiapa tanpa ibu ayah kamu,tanpa izin Tuhan DIA yang SATU.Suami..isteri..biarpun susah senang bersama,berkongsi bantal,selimut malahan gelas dan pinggan sekalipun,,itu bukan tiket untuk berbicara yang kasar dan garang satu sama lain.Persahabatan..biarpun mengenali sedari kecil,sedari tidak tahu apa itu rasa malu ke hulu ke hilir sekadar bersepender batman..tidak pun dora..jangan sesukanya mengaibkan satu sama lain..

Tidak sama..penerimaan kita bebeza..ingat ya,seperti mana kita tidak mudah menghadam apa yang orang lakukan atau berikan..ya begitu juga orang lain..tidak semua orang easy going and easy thinking... 

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

2 comments:

  1. alhamdulillah sungguh dalam sekali isi entry ni..insyaallah sama2 kita beringat ye PC

    ReplyDelete
  2. Betul..peringatan penting untuk diri PC juga terutamanya ni.. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..