27 December 2016

Ubah Sedikit Sahaja Ya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ubah Sedikit Sahaja Ya
Kredit : Sumber


UBAH SEDIKIT SAHAJA YA || Dalam kehidupan ini,ada perkara yang boleh diubah semampu dan selayaknya sebagai manusia..dan ada yang tidak boleh dan tidak mampu langsung pun untuk kita ubah hingga bumi ini hancur berkecai.

Rezeki.Setiap daripada kita ada bahagian rezeki masing-masing..walau pun adik beradik..takdir rezekinya berbeza-beza..apa yang diusaha dan apa yang telah Allah SWT tentukan sedari alam rahim lagi."Setiap anak ada rezekinya"..betul anak itu sendiri adalah rezeki kepada ibu bapa dan besertanya Allah dah tetapkan apa bahagian dia..tetapi...ubah persepsi..jangan pula memegang falsafah itu hinggakan bapa khasnya malas untuk berusaha mencari rezeki..usaha,inshaAllah nanti Allah sertakan rezeki yang tidak disangka-sangka..bukanlah bermakna lahir sahaja anak tu..yang pipih datang melayang yang bulat eh bergolek-golek dia datang..tidak.

Berlalu biarkan.Kadang PC sendiri tersasar..iman tidaklah seteguh mana pun..dengan kulit bawang,tebal lagi kulit bawang tu..nampak tak betapa nipisnya..tetapi setiap kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan itu jangan sampai menjadi tembok untuk melangkah ke satu zon yang lebih baik.Apa-apa pun..niat..kalau ada perkara yang kita ingini itu seakan sukar untuk digapai,cuba betulkan semula niat.

Keinginan itu normal.Berkendakkan sesuatu itu normallah.Sama ada keinginan sendiri atau disebabkan dorongan orang sekeliling kita.Tetapi kena tapis banyak kali juga pendapat oranglan kepada kita,kerana tidak semuanya sesuai untuk kita lakukan.Nama pun pendapatkan..tu yang kadangkala timbul yang pelik-pelik lagi mengerikan.Oleh itu,ubah mengikut kesesuaian syarak seperti yang disyariatkan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

9 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian... betul tu PC, byk benda kena tepis dan ingat Allah dalam apa jua keadaan pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak..itulah sebenarnya yang sedang PC cuba lakukan :)

      Delete
  2. selagi tidak melampaui batas-batas syariat.. iman bukan boleh dapat di pasar malam atau kutip kat mana-mana...
    tepuk dada tanya hati, kita nak macam mana pengakhiran kita..
    terima kasih PC untuk entri ni, syahdu je hati ni dengan suasana mendung macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman juga tidak boleh diwarisi dan diwariskan...kerana ianya bergantung pada usaha individu bagaimana untuk perbaiki iman itu sendiri..sama-sama CN :)

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini PC.

    ReplyDelete
  4. APAPUN YG DIMAHUKAN PERLU ADA USAHA N ALLAH BERKUASA ATAS SEGALANYA

    ReplyDelete
  5. Berubah ke arah yang lebih baik,
    itulah yang kita harapkan.

    ReplyDelete
  6. Saya suka part rezeki.Setuju memang anak-anak sudah ditetapkan rezeki nya. Tapi mahu atau tak tidak. Wajib berusaha baru rezeki itu datang. Bukan pegang 100% yang anak-anak itu rezeki. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..