21 November 2016

Harapnya Semua Sedarlah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HARAPNYA SEMUA SEDARLAH || Belum terlewat untuk kita berubah..berubah ke satu arah yang lebih lurus dan tulus..tak apalah kalau semalam kita lakukan kesilapan..noktahkan di situ..jangan disambung..dipadam tidak mungkin namun boleh diperbaharui dengan permulaan yang baru..

Kerana..ini yang benar-benar sangat pasti..

Harapnya semua sedarlah
Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

Harapnya semua sedarlah
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Surah Al-Anbiyaa'
Ayat 34 hingga 35

Berpesan pada jasad sendiri..dalam pada asyik menikmati nikmatnya dunia..Izrail juga tidak pernah culas untuk sepantas-pantasnya melaksanakan tugasnya..siap sedia sentiasa sedang PC sendiri pula lagha sentiasa..

Adakah betul-betul terkesan bila dengar dan lihat kematian..tersedu sedan..atau umpama lepas batuk ditangga..tidak pun umpama mencurah air di daun keladi..Allah...Allah..Allah..jentiklah hati ini dengan rasa gerun pada siksa dan azabMU..tidak sekadar menyebut takut itu pada lidah dan seulas bibir namun tidak terkesan ke hati..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

9 comments:

  1. good sharing PC...

    Selamat pagi sahabat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikLa..selamat tengahari :)

      Delete
  2. terima kasih kak PC, menyuntik semangat di pagi hari

    ReplyDelete
  3. TQ sharing PC...moga kita sentiasa takut pada Azab Allah... sama2 perbaiki diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak Atie :) amin..amin..amin...

      Delete
  4. Wkmsalam.
    Hidup dan mati kita Allah tentukan
    Perbaikilah diri sementara masih ada ruang dan peluang
    sebelum kita dijemput kembali kepadaNya.

    ReplyDelete
  5. Betul sgt, belum pernah terlewat untuk kita berubah ke arah yg lebih baik. Mulakan dr sekarang!

    ReplyDelete
  6. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini PC

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..