15 August 2016

Bila Rasa Terhalang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BILA RASA TERHALANG || Cepat-epat istighfar.Semua daripada dan kehendak DIA.Dan jangan lupa ada yang sentiasa menghasut dan cuba merosakkan fokus kita terutama pada landasan kebaikkan..dia tiup rasa curiga dan was-was.Jangan mudah terpedaya.*PC juga sering terpedaya sebenarnya*

image
Google Quotes

Halangan sentiasa ada.Di mana-mana.Cuba ambil dan terima sedayanya dan secara positif.*bukan mudah ya,kadang PC pun terduduk sendiri bagai dihempap bangunan 15 tingkat tatkala dugaan melanda diri mahupun insan-insan yang paling hampir disekeliling PC..subhanAllah..bohong kalau PC tidak menangis..bohong juga kalau PC tidak terbawa-bawa dengan emosi,PC bukan sesiapa yang tidak goyah dek ujian*

Bantuan pasti tiba.Sampai tepat masanya,sesuai dengan situasinya semua sudah tersusun rapi.Apa yang kita lakukan atas dorongan DIA juga sebenarnya.Oleh itu sentiasa minta pertolongan dan jangan pernah lelah untuk merayu dan mengadu padaNYA setiap masa.Jemu itu kita tapi bukan DIA.

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..