13 June 2016

Tinggal Dan Lupakan Seketika

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TINGGAL DAN LUPAKAN SEKETIKA || Hendak fokus pada satu-satu perkara yang kita lakukan bukan senang..

Urusan dunia yang tidak pernah habis..ya selagi kita celik mata..selagi berdegup jantung pasti ada sahaja kerja atau perkara yang mesti dan perlu kita lakukan dan lunaskan..tanggungjawab itu silap cara boleh memakan diri sendiri andai tidak dilunas dengan baik..amanah..

Ada ketika tinggal dan lupakan seketika..terutama ketika sedang melaksanakan ibadah tidak kira di rumah,di surau atau di masjid..*tidak dinafi hakikatnya PC sendiri pun adakala hilang fokus dalam solat bila urusan dunia tiba-tiba muncul dibenak ketika sedang solat..jadi sebelum solat PC cuba amalkan 3 kali Surah An-Nas untuk hilangkan rasa ragu-ragu dan gangguan jin*

Cuba buat pengagihan urusan sebaiknya..tiada insan sempurna..lebih-lebih lagi insan (ummat) akhir zaman ini...terlalu banyak godaannya yang datang daripada segenap sudut..adakah ianya propaganda atau aura dajjal yang semakin menghampiri?..wallahuaklam..

Namun kita sedayanya berusaha dan belajarlah untuk mengasingkan sesuatu perkara itu mengikut keadaan..wudhuk itu sudah cukup menyerikan wajah tidak usahlah ditambah alat solek ketika bersolat..kawan sedang asyik berzikir jangan dihulur buku duit kutu...purple muka kawan tu bila jemaah sebelah geleng-geleng...ha.ha..alahai..bila saf mula rompong di saat akhir terawih tegurlah penuh hikmah agar jemaah lain berganjak memenuhi saf tersebut..ingat dalam teguran pastikan ada hikmah..dalam tindakan pastikan bersempadan..maruah itu tinggi nilainya..sama-sama kita pelihara..in sya Allah.

#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

4 comments:

  1. Setuju sangat tu kak. Sebab dgn kembali kpd Allah lah, hatikan menjadi tenang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebaik-baik jalan untuk mendapatkan kedamaian hati :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..