09 June 2016

Terima

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERIMA || Pakej berbeza itu juga dugaan sesama kita..tapi mengapa yang berbeza itu boleh terus bersama..kerana adanya keserasian dan sentiasa berlapang dada untuk berusaha menerima apa adanya..lebih atau kurang..baik dan buruk..

Sesuatu yang baru itu bukan mudah untuk diterima..lagi-lagi andai ianya tidak kena dengan apa yang kita kehendaki..lebih-lebih sekiranya ianya langsung tidak dapat membuka pintu hati kita untuk cuba bersuai kenal dengannya..sebagai sesama manusia harus belajar untuk menerima.

Perubahan..ya..terima perubahan..yang lazim bertukar kepada sesuatu yang asing bukan senang..ibaratnya 50 tahun makan belacan tiba-tiba disuruh makan budu..mungkin ada sesetengah mudah sahaja untuk mengajar lidah,tekak dan perut..tapi ada juga yang menolak terus..ingat..idak semua boleh dan dengan mudah-mudah terima perubahan..

Tolak hidangan kerana tidak kena dengan selera itu mungkin boleh lagi diterima..tolak untuk menerima kehadiran orang lain walau kejam juga itu hak peribadi pasti bersebab..NAMUN kita mesti terima semua ketetapan yang telah Allah SWT tentukan kepada kita..sebelum tolak sesuatu itu cuba fikir semula di mana kewajarannya..kecuali kita menolak satu perkara yang sudah pasti buruk dan mudharatnya..

#moga Allah redha.
*terima kasih ukhuwah.

8 comments:

  1. sangat susahkan kak nak sesuaikan dengan sesuatu yg baru.. boleh bukan tak boleh tapi memakan masa yang lama.. hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tapi kalau ada sokongan orang sekeliling in sya Allah lebih mudah :)

      Delete
  2. sukar juga menerima seadanya dgn reda..tapi hati perlu dididik dgn baik insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..kerana hakikat itu adakala sukar untuk terus diterima bulat-bulat.. :)

      Delete
  3. kena terima perubahan ke arah kebaikan dgn hati terbuka...

    ReplyDelete
  4. kena slow2 berubah ke arah kebaikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...in sya Allah alah bisa tegal biasa :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..