29 May 2016

Terlajak Teruja Ke

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERLAJAK TERUJA KE || Bulan Sya'ban sudah pun hujung-hujungkan...ibaratnya Ramadhan tu sedang melambai-lambai manja..alhamdulillah..bila dengar anak-anak dari kejiranan sebelah sakan main mercun yang bunyinya semakin membingitkan..PC cepat-cepat tengok kalendar..*itu pun lepas entah berapa kali terkejut dek dentuman mercun yang sangat kuat..*...sudah ghaibkah bulan Ramadhan 1437H..ke sekarang ini sebenarnya dah Syawal PC yang ketinggalan..#alahai PC..owh sudah bermula merdeka singkat untuk anak-anak dan adik-adik rupanya..*cuti sekolah kan..*

Tidak menjdi kesalahan pun untuk kita buat apa yang kita suka..silakan..yang menjadi salah bila ianya boleh membinasakan diri sendiri dan menganggu ketentraman orang lain..siapa yang wajar dipersalahkan..kalau kita sentiasa mencari salah memang tidak akan pernah habis..yang baiknya cuba cari solusi terbaik...

Bukan PC hendak salahkan ibu bapa..TIDAK..bukan juga PC menuding jari pada ibu bapa..LANGSUNG TIDAK..tapi harus diingat...ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak bila anak-anak di rumah selain rakan-rakan bila keluar rumah luar waktu persekolahankan...kita tidak pernah tahu urusan rumahtangga orang lain kecuali dicanang atau dikongsi dengan rela hati..

Masyarakat luar akan terus membuat kesimpulan..begitu..begini..mengapa tidak begitu atau tidak begini..betul tak...oleh itu ambil berat..ambil tahu jangan ambil ringan dan ambil mudah..BETUL....kita tidak boleh jaga dan senangkan hati semua orang...tapi kita juga harus ingat pastinya ita tidak suka andai perkara sama orang perlakukan kepada kita...*ketika entri ini dicoretkan..masih lagi kedengaran baby menangis..mungkin terkejut dengar bunyi mercun..esok besar awak jangan buat macam tu ya..kesian orang lain*

#biar terlajak teruja beli baju raya..ha.ha.ha..
*terima kasih ukhuwah.



9 comments:

  1. lama tak singgah sini :) apa khabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak PC sihat Jiha..Jiha sihat dik :)

      Delete
  2. singgah

    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Sekarang kita perlu jaga tepi kain orang lain juga untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tapi masih lagi ada yang tidak dapat menerimanya...asalkan menjaga tepi kain itu berpada-pada in sya Allah ok :)

      Delete
  4. Kehangatan dan kemeriahan Ramadan dah mula sgt terasa di mana-mana... :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..