13 May 2016

Suara Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Suara Hati

SUARA HATI || Bila hati berbicara hanya Allah SWT telinga kita sahaja yang boleh mendengar..ajaibnya kehalusan suara hati..sebab itulah sering kita dengar orang cakap ha "mengumpat dalam hati la tu"..dan seangkatan dengannya..walhal banyak lagi yang baik-baik boleh dibisikkan hati kita..kan..istighfar..zikir..berdoa..atau berbicara yang baik-baik..tak gitu..hehe..selagi mana ianya tidak diluahkan ianya kekal menjadi rahsia sesama insan..tapi ianya berubah bukan lagi rahsia bila diluahkan..sama ada menerusi tulisan atau lisan..

Kebetulan yang hakikatnya suratan..bila sesuatu yang tidak dirancang namun berlaku seperti yang gerak hati inginkan bagi kita menganggapnya sebagai kebetulan..hakikatnya itulah suratan yang telah Allah tentukan..detak hati..denyut nadi..Allah bantu hantar rasa-rasa itu pada siapa yang sepatutnya..mak ayah dengan anak-anak..suami isteri..sesama adik beradik,,dan sahabat..ya..naluri..kalau pun sesuatu yang berlaku itu seperti apa yang kita rencanakan hakikatnya juga telah Allah gerakkan hati kita untuk merangkanya hingga berjaya..

Ikut situasi...adakala ya suara hati perlu dipendam..dan ya sesetengan suara hati perlu diluah dan dikongsi juga tetapi harus berpada-pada..mesti fikirkan banyak kali kerana pertimbangan yang sewajarnya perlu juga di ambil kira..siapa,,bagaimana,,kesannya..semua mesti diambil point yang serius..suka hati ikut suara hati adakala menguntungkan tapi tidak kurang yang membinasakan..kalau tidak membinasakan diri sendiri takut-takut membinasakan orang lain...dan yang lebih seram merosakkan diri sendiri dan juga orang lain..waspadalah sentiasa..

*terima kasih ukhhuwah..


No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..