28 May 2016

Sendi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SENDI || Cuba belek jari jemari kita..subhan Allah..indahkan ciptaan Allah..setiap sendinya menghubungkan tulang..bukan sekadar pada jemari malahan pada setiap anggota kita yang bersendi itu fungsinya saling menghubungkan..alhamdulillah..

Benih padi subur menghijau
Disemai seluas bendang nan indah
Bukan hidup jika tidak beranjau
Hadapilah dengan penuh tabah

Tanam tebu tumbunhya lalang
Ditiup angin ke kiri ke kanan
Diuji sedikit jangan mudah goyang
Mantapkan paksi hidup berTUHAN

Pergi ke dusun buah durian
Pokok ceri pula yang meriah berbuah
Redakan gundah dengan Al Quran
Moga kehidupan sentiasa indah

Kita dan DIA..banyak perkara yang boleh menghubungkan kita kepada NYA..sangat banyak..selagi kita mengingati NYA selagi itu sebenarnya kita sedang dan sentiasa berhubung..berhubunglah dengan baik moga baik hasilnya..

*terima kasih ukhuwah..

2 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..