25 March 2016

Jumaat Mubarakah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

JUMAAT MUBARAKAH || Alhamdulillah syukur kita berpeluang lagi melihat alam ini..Jumaat terakhir di bulan Mac..moga Allah izinkan kita untuk hidup di bumi ini lagi untuk hari-hari seterusnya..Allahu..masa terus berlalu..berlalu..dan berlalu..diam tak diam sudah sampai ke penghujung Mac..

Jumaat Mubarakah
Google Image

Setiap hari kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik..malah kadang untuk jadi yang terbaik...niat sahaja sudah melayakkan kita untuk mendapat pahala apatah lagi andai kita sertakan dengan tindakkan makan lebih bergandalah pahala kita perolehi..amin...biarpun pahala itu rahsia Allah...namun jangan bimbang setiap kebaikkan pasti balasan yang baik-baik juga in sha Allah..

Berlebih-lebih dihari Jumaat..tiada salahnya..malah disunnatkan berwangi-wangian..memakai pakaian baru dan cantik sedikit pun molek juga kerana kita merai penghulu hari yang penuh keberkatan..kalau hari lain si jejaka..teruna mahupun sang adamnya berkopiah..bersamping dan berbaju melayu menjadi satu tanda tanya besar..tapi tidak pada hari Jumaat..betul??..*tak percaya bagi kaum adam yang sudah berkahwin cuba pakai baju melayu lengkap selain hari jumaat..tengok isteri tanya apa??..hahahahaha...kecuali ada majlis tertentu atau perkara-perkara yang mewajibkan etika pemakaian sebegitu..huhuhuhu*

3 comments:

  1. Hihihi..
    Betul tu PC..
    Jumaat yg indah..

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT PC..INSYA ALLAH BEROLEH KEBAIKAN YG DICARI.

    ReplyDelete
  3. Hihi. Betul tu kak. Biasa wanita akan pelik kalau lelaki pakai baju melayu dan bukan pada hari yang ada majlis. Hihi. Banyak soalan nanti ditanya 😂😂

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..