28 November 2015

Hebat Sangat..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Sumber Google Image

Minyak dan Air
Tidak boleh bersatu..
Tetapi tetap boleh bertemu
*ketara bezanya ideologi cukup sekadar hak peribadi tidak usah terbawa bawa dalam setiap urusan dan hubungan sesama insani*

Hitam dan Putih
Bezanya sangat ketara
Penyatuannya mencetus inspirasi kelabu
*adakala perbezaan itu berupaya menyatukan daripada segenap sudut kehidupan*

Langit dan Bumi
Terlalu jauh jaraknya
Namun sama sama berkhidmat untuk penghuninya
*cara saya,cara awak,cara kita tidak sama tapi niat itu mengikat hati kita untuk melakukan perkara yang serupa*

Lautan dan Daratan
Tebing memisahkan
Sesekali hempasan ombak menjejak daratan juga
*halangan itu dugaan,sempadan itu ujian..tiba saatnya kejayaan dikecapi juga*




2 comments:

  1. salam, senyum baca post akak ni, ada semangat terselit kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam yana..hihi...yg baik ambil yang kurang baik lontar jauh2 ye dik.. :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..