03 October 2015

Seloka lagI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Image
Google image 

Daging korban masih berbaki
Cukup untuk keluarga sendiri
Jangan simpan daki dihati
Bersihkan dulu sebelum dijemput Ilahi

Sup tulang sana sini
Jarang tulang dibiarkan tidak bermenu
Banyak ragam itu dan ini
Jangan sampai jemu dihati bertamu

Biarpun aidiladha telah berlalu
Auranya tetap masih ada
Hebatnya dia bukan kerana lemahnya regu
Hebatnya dia kerana bertaqwa

Batang keladi di masak asam
Hidangan turun temurun seisi keluarga
Kenapa muka asyik masam
Nanti rezeki tidak mahu bersua

Masuk hutan mencari rebung
Rebung diracik kecil kecil sambil berselawat
Jangan dibiar bunyi guli atas bumbung
Bertindak segera sebelum terlewat

4 comments:

  1. Salam singgah sini PC...pandainya berseloka,seloka yang sangat bermakna....

    ReplyDelete
  2. ewah akak berseloka.

    :)
    seloka bukan sebarang seloka,
    seloka dikarang penuh makna.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..