06 October 2015

Santai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Google image 


Apam balik apam pisang
Di hidang cantik atas pinggan
Penuhkan hati dengan kasih sayang 
Itulah jadi tanda ingat ingatan

Bingka ubi talam keladi
Buah keranji dalam perahu
Jadilah manusia kenang budi
Jangan asyik tidak ambil tahu

Puteri salad puteri ayu
Rasanya enak bak rupanya
Buat silap teruslah mengaku
Di akhirat kelak terhisab juga

Kuih ketayap berinti kelapa
Warna hijau menarik hati
Tidak mewah dunia tidak mengapa
Moga di akhirat bergoyang kaki

Kuih koci lembut melekit
Mesti dikunyah berkali kali
Cubalah belajar selit selit
Bila terdesak eh..ada juga duit berikat tali

9 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..