22 October 2015

Moga tidak terus diuji iman yang rapuh..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google image

||moga tidak terus diuji iman yang rapuh||

Allahu.Allahu.Allhu.
Semua milik MU..semua..segala galanya..jasad ini..jasad mereka..nyawa juga.
Pinjaman yang tidak ternilai.Balasnya janji taat.Hadiahnya pahala dan syurga.Moga layak.

Allahu.Allahu.Allahu.
Ajaibnya kuasa kasih sayang MU.Sentiasa memandang kami yang sering mengingkari.Berdoas.Sangat berdoasa.Setiap ujian itu tanda ENGKAU tidak pernah berpaling daripada kami.Syukur.

Allahu.Allahu.Allahu.
Teruslah pandang kami.Teruslah tegur kami.Teruslah bimbing hati hati kami.
Pandanglah walau sedikit kebaikkan yang kami lakukan gantilah dengan kedamaian.
Tegurlah kami dengan lembut agar hati kami terus terpaut.Hanya MU tempat kami berpaut.Bimbinglah kami.

Allahu.Allahu.Allahu.
Iman kami belum cukup tebal untuk ENGKAU timbunkan dengan ujian.Allahu.
Ringankanlah sedikit demi sedikit dugaan ini.Kurangkanlah sedikit demi sedikt ujian ini.
Subhanallah.Alhamdulillah.

Allahu.Allahu.Allahu.
Kami selemah lemah hamba.Kami sekerdil kerdil makhluk.Pelihara iman kami.
Berilah lagi peluang untuk kami pebaiki diri.Bukan untuk duniawi tapi untuk bekalan hidup di sana kelak.Amalan yang masih sedikit.Apatah lagi pahala terlalu sedikit.MasyaAllah.
Moga setiap dugaan yang menjenggah menebalkan lagi keimanan kami Ya Allah.Amin.


9 comments:

  1. semuanya hanya pinjaman sementara

    ReplyDelete
  2. kuatkan hati, tabahkan diri..
    ujian itu mematangkan lagi.
    Semoga kita mampu mengharungi setiap ujian yang diberikan

    ReplyDelete
  3. aamin. moga kita sentiasa beringat. menggunakan peluang yg ada ni dgn sebaiknya. utk kesejahteraan bukan sj kat dunia malahan kat akhirat kelak. perkongsian yg bagus utk kita bermuhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin...amin...dunia dan akhirat.. :)

      Delete
  4. semoga pinjaman ini kita gunakan perkara yang menjadi saham di akhirat nanti..

    ReplyDelete
  5. Moga dikuat kan iman yang selalu turun naik ini

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..