11 September 2015

Seloka Jumaat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Seloka jumaat
Google image 

Hari ini hari jumaat
Selamat tengahari ukhuwah tersayang
Pandai pandailah berjimat
Bukan kedekut tapi kerana sayang

Pergi kenduri dapat berkat
Senyum meleret amboi jalan berlenggang
Biarpun rezeki yang diperolehi sedikit
Asal tidak mengambil hak orang

Daun pandang dihiris halus
Wangian adat majlis perkahwinan
Dambaan jejaka wanita berkulit halus
Berhati hati memilih produk penjagaan

Gula tebu gula kelapa
Eh si gula perang dan gula pasir
Biar hidup kurang berada
Tingkatkan usaha banyakkan berzikir

Ikan buntal ada racun
Buang racun selamat dimakan
Perkara baik rajin rajin amalkan
Perkara buruk sila tinggalkan

Teng teng galah panjang
Dam haji dam ular lompat katak
Sebelum bertindak fikir panjang
Supaya tiada kesal kemudian hari kelak 

Anak arnab tumbuh bisul
Tumbuh bisul tepi hidung
Mesti sentiasa ingat asal usul
Mengelak dari bersikap sombong

Katanya rambut kerinting banyak kutu
Jangan lupa yang lurus ada juga
Sunnat dan sunnah potong kuku
Selain hari jumaat khamis pun boleh juga

Sarapan pagi minum milo
Menu wajibnya pula laksa
Jumpa dilain masa
Moga ukhuwah sihat sentiasa

7 comments:

  1. Mampu membaca buat renungan
    sebab kakak sibuk sakan

    ReplyDelete
  2. msti besa masuk pertndingan pantun ni

    ReplyDelete
  3. @Kakzakie
    Akak singgah pun dah syukran
    Sibuk sakan kerana anak anakkan..

    ReplyDelete
  4. @beat
    Allahu...tak pernah langsung..mau diam seribu bahasa..hihi...

    ReplyDelete
  5. ari ni dah sabtu...tp nk bg salam jumaat dan sabtu boleh tak PC?

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..