06 September 2015

RajiN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Selamat berhujung minggu ukhuwah yang disayangi sentiasa..hye..yang bekerja..selamat bertugas..syukur atas setiap nikmat..

rajin


:: rajin ::

Tidak pandai tapi kalau rajin in sya Allah boleh berjaya..tidak mahir tapi kalau hari hari usaha,berlatih tidak mustahil jadi cekap..hati yang keras dingin..kaku berdebu..hari hari disirami dengan zikir sihat lah emosinya..cubalah..semakin kita belajar..semakin kita sedar bahawasanya banyak yang kita tidak tahu..rajin rajinlah menuntut ilmu..*terima kasih sahabat blogger yang rajin dan tidak kedekut berkongsi ilmu..PC singgah kutip ilmu*..proses pembelajaran berpanjangan..tiada had dan batasan umur,jantina,bangsa..silakan..yang dewasa rajin rajinlah layan pertanyaan adik adik kita..anak anak kita..mereka sedang mengembangkan neuron diminda..rasa ingin tahu menyebabkan mereka seolah menjadi bank soalan..

Soalan auta..Jawablah dengan fakta..

 Sepupu PC : kak jua kenapa katak melompat

PC : sebab Allah jadikan begitu*kalau katak berdiri dan berlari itu bukan katak tapi hulk*

Sepupu PC : nombor 1 dengan nombor 11 kak jua suka yang mana?

PC : nombor tak penting yang penting ilmu yang dituntut berkat 

Sepupu PC : *kelip kelip kelopak mata dia*adik suka 11 kerana ada dua kali satu..1...1..satu mula mula adik bijak..satu yang kedua adik pandai..jadi adik bijak pandaikan*adoii pitam PC..padahal mak abah dia hari hari bebel keputusan peperiksaan dia menurun teruk asyik tengok tv..dia pulak seronok..bijak pandai ye*..

PC : adik kat sekolah rajin tanya cikgu tak..

Sepupu PC : rajin..adik tanya cikgu beli kasut dia yang cantik tu kat mana..cikgu cakap belajar rajin rajin nanti kerja elok boleh beli kasut macam cikgu..

PC : haaaa itulah cikgu..*lega,,kalaulah cikgu tu layan..ermm*




8 comments:

  1. assalam
    singgah jenjalan hari minggu.
    betul kan.asal rajin dan usaha yang gigih

    ReplyDelete
  2. hehhee.rajin usaha tangga kejayaan :)

    ReplyDelete
  3. @Ija Rased
    Betul yang penting rajin..in sya Allah boleh berjaya..selamat berhujung minggu..

    ReplyDelete
  4. @Syahidah Fadilah
    Alolololo...selamat berhujung minggu juga adik..

    ReplyDelete
  5. @nor azman
    Setuju...semangat...semangat...semangat...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..