30 July 2015

♡♡cak cak pong♡♡

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Google image iluvislam

Berus periuk rasanya kasar
Harganya murah belinya banyak
Sahabat PC mesti dah solat asar
Moga pahala bertambah banyak

Malas memasak makan di kedai
Pilih saja menu yang ada
Pakai jangan sembarangan pakai
Takut terluak aurat yang ada

Syawal semakin munuju penghujung
Kuih yang serdak itu paling sedap
Bukan raya saja boleh kunjung mengunjung
Hari hari lain pun boleh datang mengadap

Taraweh dah berlalu zakat fitrah dah selesai
Ada ketupat rendang dan juga budu
Harap tiada yang kusut masai
Mulut muncung jalan melulu

Wayang kulit kuda kepang
Menuntut ilmu halau hantu
Jiran tetangga janga terlepas pandang
Takut kelak bersendirian dikaki bangku

Sakit gigi aduh aduh
Korek hidung besar serombong
Hidup bersama jangan gaduh gaduh
Bila bila susah dia juga yang tolong

Sirap selasih
Cendol kacang lebih
Gelak jangah lebih lebih
Takut sedihnya yang lebih

Kuih bingka kuih lapis

Disusun rapi atas pinggan
Rezeki dalam pinggan dimakan habis
Siapa tahu suapan terakhir ada keberkatan

Tidur malam pakai kain
Simpulnya ketat supaya tudak lucut
Bertemu kita di entry lain
Banyak lagi ilmu PC nak nuntut

Makan prata
Tata

8 comments:

  1. dari KL ke Kuala Perlis
    selamat berkenalan untuk saudari yang manis:-)

    ReplyDelete
  2. Suka baca ni. Ringkas tapi penuh makna untuk ingatan bersama.

    ReplyDelete
  3. Banyak pengajaran yang saya dapat dari perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. Pokok durian pokok cempedak
    Dusunnya di atas bukit
    Bila PC main cak cak
    Riang rasanya hilang sakit

    ReplyDelete
  5. Pokok durian pokok cempedak
    Dusunnya di atas bukit
    Bila PC main cak cak
    Riang rasanya hilang sakit

    ReplyDelete
  6. @Pokok Manggis Depan Rumah
    terima kasih ye...singgah lagi...PC singgah blog awak juga tau..

    ReplyDelete
  7. @Dunia Zumal
    bangun pagi gosok gigi
    cepat cepat nak ke sekolah
    moga cepat penyakit pergi
    terima kasih rajin singgah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..