27 July 2013

::..meStI cOoL..::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Masuk saja bulan Syaaban..kita ternanti nanti bulan Ramadhan..bersungguh ni tunggu..dah pun masuk ni ha bulan Ramadhan..bulan penuh kerahmatan..bulan pengampunan..ni dah penghujungnya..sekejap rasanya dah menemui detik detik terakhir Ramadhankan..kan..10 hari terakhir ni mungkin juga hari pertama bagi sesetengah orang..tak pelik la..apa taknya yang ada tu baru habis berpantang melahirkan..haa logikkan..bagi wanita la..dan tak mustahil juga bagi lelaki..hari ni hari pertama berpuasa..kan rahmat Allah itu tidak terjangka..alhamdulillah tu..jangan dok ejek ejek pulak..bagi sokongan..doakan sahabat kita..sama sama dapat pahala..

Biasanya 10 malam terakhir inilah saat yang paling ditunggu tunggu..tak mudah..bukan senang..tapi langsung tidak mustahil..dengan izin Allah semua boleh berlakukan..yakinlah..MALAM LAILATULQADAR..tidak semua orang mampu mengharunginya..tidak semua orang terdaya melepasinya..dan bila kita berniat yang baik baik..maka kita juga mesti bersedia untuk menerima ujian Allah..syaitan dirantai..hantu cuti..tapi NAFSU siangnya memang lesu..namun bermula detik azan Maghrib saja..super duper power you..yyeehh katanya..

Bila kita mula nak fokus pada amal ibadat nilah datang pelbagai ujian…sale sana sini..diskaun merata rata..offer itu ini..haihh..dan kadangkala ujian itu Allah hadirkan melalui insan insan yang paling hampir dengan kita..yang sangat menguji keimanan kita..ujian pertama adalah rasa kasih sayang kita pada Allah atau sesama insan itu lebih utuh..yang mana..dilema kita di buatnyakan..
Kita nak fokus ni..tup tup isteri,,suami,,anak anak atau ibu ayah kita ajak pulak keluar shopping..ajak pulak ambil tempahan kuih semprit,,kak tijah dah nak balik kampung katanya..ha kan ujian tu..kang merajuk..nangis masuk bilik..kuih semprit punya pasal..sampai kelopak mata bengkak bercantum dengan hidung..hihihi..

Kita rasa susahkan..tension woo..ermm itulah sebabnya sebelum mendirikan rumahtangga lagi kita kena menuntut ilmu alam rumahtangga secukupnya..buka mudah menjadi suami dan imam dalam rumahtangga..dan tidak mudah menjadi isteri serta ibu dalam perkahwinan..tapi tidak sukar andainya masing masing tahu peranan dan tugas masing masing pada Allah terutamanya..isteri cerdik yang solehah apabila bergabung dengan suami soleh yang bijaksana maka akan terciptalah rumahtangga yang sakinnah,,mawaddah,,warahhmah,,suami tak pening..isteri tak pitam..kerana pandai mentarbiah nafsu..memang cap jempol la..yihu..sama sama mengimarahkan mala LAILATULQADAR kan..barulah cinta sejati..sampai hujung janggut ikan keli katanya..

Sesuatu yang sukar kita perolehi itu biasanya sesuatu yang sangat besar ganjarannya bila kita berjaya memilikinya..tidak semua yang kita harapkan itu kita perolehi namun andai kita berusaha dan berjuang kerana untuk mendapat kebaikkan itu maka sebenarnya kita juga telah mendapat ganjaran seumpamanya..

JWassalamJ

2 comments:

  1. bukan senang...tapi tak mustahil semuanya atas izin Allah...InsyaAllah 10 malam terakhir merupakan hari yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat islam didunia ini...Lailatul Qaddar...moga kita mengecapinya, kita pun tak tahu...ramadan tahun depan kita ada lagi tak didunia ini...so selagi ada masa kuatlah berusaha...kuatlah beribadah...ingat mati selalu InsyaAllah 1 saat terasa rugi kalau tetinggal~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang bukan senang..yang penting kena sentiasa kuat semangat..kena tabah dan niat yang baik baik moga Allah bantu kita untuk istiqhomah dalam beribadat 10 malam terakhir ini..amin..kuih semprit lepas raya pun boleh buat..ye tak :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..