26 November 2012

//*//BilA nIaT dAn sEmAngAt lAwAn AlArM//*//


Bismillahirahmanirrahim,,
assalammualaikum reader yang amat disenangi..

diharap semua berada di zon ketenangan dan di lindungi Allah selalu..amin..terima kasih kerana sudi singgah melihat entry kali ini..yang baik itu daripada Allah,,yang lemah dan serba kekurangan itu tentunya daripada saya sendiri..sekadar mencoret..mengarang dan berkongsi sedikit  idea..sesungguhnya segala idea itu datangnya daripada Allah dan dengan izinNYA juga..alhamdulillah..

kalian pastinya sedar tentang kepesatan lahirnya teknologi canggih terutama dalam sektor telekomunikasi..bagai cendawan tumbuh selepas hujan,,bermula daripada zaman model 3310 kemudian 3315,,butterfly,,sabun(maaf jika saya silap..saya pun dengar adik-adik sebut begitu bila sembang pasal model telefon bimbit dan model yang saya sebut pun sezaman dengan saya mengenali telefon bimbit..) dan hingga kini lebih sanggih dengan smart phonenya,,galaxy tabnya dan pelbagai lagi..

saya senarai setakat mana yang saya tahu saja..hehehehe *_*.. Semakin lama semakin canggih..semakin up date,semakin ranggi,,dan banyak lagi la semakinnya….alhamdulillah untuk kegunaan yang lebih memuaskan dan lebih berkualiti..bukan lagi satu kehendak tapi dah jadi satu keperluan..

bagi yang mampu harga tidak menjadi masalah..bagi yang kurang berkemampuan cukup sekadar seadannya yang penting ia berfungsi dengan baik..sudah memadai..yang penting boleh buat dan terima panggilan..boleh hantar pesanan ringkas dan yang paling penting ada alarm..hehhe,,betul tak??

beberapa hari yang lalu..keluarga datang berkunjung dan bermalam  di rumah kami..alhamdulillah..sangat kami alu-alukan..kami sangat gembira dan riang ria..maklumlah dah lama tak kumpul beramai-ramai..macam-macam cerita,telatah dan emosi..huhuh..rasanya semuanya ada handphone..

zaman sekarang ni kalau orang tu tak ada handphone..orang akan pandang pelik je kan..ishh tak baik la macam tu..tu kan hak peribadi..tak gitu??part yang paling seronok bila waktu pagi..pelbagai tune alarm ada,,ayam berkokok..lagu arab,,lagu korea..bunyi burung pun ada..sekali bunyi serentak..dah macam pertandingan alarm tune la pulak..hehehebiasalah bila ada program masing-masing memang kena set alarm..sebelum tidur semua dah dapat amaran..sapa lewat bangun kena tinggal..garang tak??

hihihi..yoyoyo..yang menang tu biasalah siapa yang terus bangun bila dengar bunyi alarm yang pertama..dah tentulah tuan setiap pemilik handphone akan bangun,,paling tidak pun nak offkan alarm..huhu..macam mana pun alarm ni tak hebat lagi..alarm yang paling hebat adalah berkumandangnya azan subuh..nah..di sinilah bermula semuanya..siapa yang  gagah imanya,siapa yang rapuh taqwanya..

perkara ini nampak seakan mudah dan remeh tapi hakikatnya perlukan niat dan semangat yang kuat..kalau tidak ada niat yang lurus dan semangat yang kuat tidak mustahil kita akan tewas..syaitan dan iblis sentiasa menghasut kepada kemungkaran..dan hasutan itu mudah diikut lantaran jalan dan arah yang dipandu  oleh makhluk yang dilaknat Allah ini banyak memudahkan kita..semuanya short term..jalan singkat..

biarlah di dunia ini kita bersusah sedikit mencari redha Allah asalkan di akhirat nanti kita tidak sukar meniti di titianNYA..tiada maknanya andai selesa di dunia namun sengsara di akhirat kelak..semuanya harus diseimbangkan..ingat,,walaupun alarm tu volumenya tahap maksimum,,bunyi kuat hingga bedengung telinga..kalau semangat kita tidak kuat pun tak boleh juga..seeloknya sebelum tidur,niatkan dalam hati agar esok kita boleh sedar awal supaya tidak tambah hutang dengan Allah..solat okey.. *_^

wassalam

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..