21 October 2012

(: SeCaNgKiR kOpI :)


Assalammualaikum..bagaimana kita memulakan pagi yang baru dah indah ini..ehh dah tengahari la..cepat masa berlalu..hehehe..selain mengucap kata syukur kerana masih lagi dihidupkan dan bernyawa..alhamdulillah..tq Allah..love YOU Allah..

adakan secangkir kopi menjadi hirupan pertama kita hari ini..mungkin ya bagi peminat tegar minuman tersebut,tidak kira di mana juga waktunya..peminat la katakan..cewah :) 
kalau dulu kopi hanya sekadar dijadikan minuman,tapi kini lebih maju ke hadapan..

kopi dijadikan lulur di spa-spa kecantikan dan tidak kurang ada yang mengamalkan meminum air kopi untuk membantu meningkatkan tekanan darah serta mengelakkan kematian akibat serangan jantung..

walau bagaimanapun pengambilan kopi yang berlebihan boleh membawa mudarat..secangkir kopi..o ke..kopi susu ke..tak kisahlah..yang penting pokok pangkalnya kopi (^,^)..pelbagai gelagat tercetus kerana secangkir kopi,,-->siratulrahim boleh terjalin,,kerana secangkir kopi,si suami sanggup melepak di kedai dan warong-warong berjam-jam lamanya,,kesian anak isteri di rumah..kerana secangkir kopi hujan lebat pun sanggup diredahi(apa lagi pegi kedai beli kopi habis),,kerana secangkir kopi yang duduk berpuluh batu jauhnya sanggup pulang ke kampung kerana kopi air tangan mak la yang paling sedap katanya..ooohoohoi..

teringat dulu zaman kanak-kanak ribena bila balik ke rumah atok dan nenek,,air kopi,ubi rebus dengan ikan masin la menu utama..bila datang rumah nyanyei pulak air kopi dengan pisang rebus..nasib tak jadi peminat fanatik kopi..bila balik rumah siap tanya dengan babah dan mama.."kalau minum air kopi je lama-lama tak itam ke??"huhu,,tapi sekarang dah takde lagi..rindunya..Al-Fatihah buat atok,nenek dan nyanyei..mungkin orang dulu-dulu sudah terdidik dengan hidangan air kopi sebagai minuman wajib untuk keluarga mahu pun tetamu yang datang..siapa yang tak minum atau tidak menggemari air kopi,,air masak kosong tersedia untuk anda..hehekikihuhu.. 

kalau kita tengok pun masih ada lagi kawasan kampung yang menanam pokok kopi..termasuklah sekeliling rumah familyku..heheheheh..wah seronoknya..apa pun bersederhanalah dalam segala apa yang kita lakukan,,ikut hati mati,ikut rasa binasa,ikut nafsu lesu..

wassalam

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..